web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2024 8:12PM

gambar BBP Kuala Berang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA BERANG - Kegembiraan enam sekawan bercuti di Air Terjun Sekayu, Hulu Terengganu di sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas, pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Syafiq Haikal Sharudin, 25, dipercayai lemas selepas menyelamatkan rakannya yang terjatuh ke dalam air sewaktu mendaki laluan berbukit di tepi kawasan air terjun itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang, Zulhisham Mohamad Yusop berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.18 pagi sebelum menggerakkan sebuah jentera dan 10 anggota termasuk tiga anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) ke lokasi.

"Setibanya di lokasi, semua rakan mangsa dan beberapa orang awam berkumpul di tempat kejadian, bagaimanapun mangsa sudah tidak kelihatan di permukaan.

"Setelah melakukan skin dive, anggota PPDA berjaya menemukan mangsa di celah batu pada kedalaman 1.5 meter di lokasi mangsa dilaporkan hilang pada jam 12.15 tengah hari," katanya ketika dihubungi hari ini.

Zulhisham berkata, mayat mangsa yang berasal dari Padang Hiliran, Kuala Terengganu sudah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, rakan mangsa, Daniel Asmadi, 25, berkata, percutian mereka berenam ke situ dibuat secara mengejut, namun tidak menyangka ia bertukar menjadi tragedi hitam yang meragut nyawa Syafiq Haikal.

"Kami bertolak dari Kuala Terengganu kira-kira jam 9 pagi dan sampai di Sekayu, pada 10 pagi. Selepas itu, tiga daripada kami hiking untuk ke bahagian atas air terjun dan tiga lagi rakan saya berehat di atas batu di air terjun.

"Tiba-tiba, saya hilang keseimbangan sebelum tergelincir dan hampir lemas. Syafiq Haikal kemudiannya hulur kaki untuk saya berpaut. Malangnya, dia pula tergelincir dan jatuh ke dalam air," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Daniel berkata, dia kemudian cuba menarik tangan Syafiq Haikal, namun tidak berjaya.

"Saya berasa sangat terkilan kerana tak dapat selamatkan Syafiq Haikal. Apatah lagi, dia pergi kerana cuba selamatkan saya," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelajar IPTA Lemas Di Kolam Ikan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Kenal Pasti Identiti 5 Sekeluarga Dihanyutkan Arus Deras Ketika Menjala

4

Semasa 2 tahun yang lalu

3 Remaja Dikhuatiri Lemas Ketika Memancing, Mandi Di Sungai Sempit

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad