web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Remaja Dikhuatiri Lemas Ketika Memancing, Mandi Di Sungai Sempit

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2024 8:02PM

gambar JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Tiga remaja lelaki yang juga tiga sekawan dikhuatiri lemas dalam satu insiden di Sungai Sempit, Kampung Tanjung Batu Segari dekat Pantai Remis hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Darma, 14, Sarath, 16, dan seorang lagi rakan mereka berusia 16 tahun dipercayai lemas ketika sedang memancing dan mandi-manda di sungai tersebut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.26 petang.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis telah dikerahkan ke lokasi kejadian serta tiba pada jam 4.03 petang.

"Ketua operasi (Pegawai Bomba Kanan II Muhamad Hanafi Mohamed Rasidi) mengarahkan anggota membuat pencarian di kawasan sekeliling atau pencarian di permukaan air dan bacaan air sungai ketika ini pada paras 2.37 meter iaitu air pasang.

"Kawasan kejadian berada dalam ladang sawit iaitu dua kilometer dari jalan besar yang hanya sesuai bagi kenderaan pacuan empat roda," katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, liputan Government Integrated Radio Network (GIRN) yang lemah di kawasan itu antara cabaran yang dihadapi pasukan penyelamat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelajar IPTA Lemas Di Kolam Ikan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Kenal Pasti Identiti 5 Sekeluarga Dihanyutkan Arus Deras Ketika Menjala

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad