web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berat Sungguh Kaki Tinggalkan Emak Di Perkuburan Seorang Diri – Chef Wan 

Sepertimana Chef Wan, ramai pengikut dan pengguna media sosial yang turut terkesan dengan pemergian Mak Ani dan gelagat Mak Ani yang menghiburkan pasti akan dirindui! 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 9:51AM

Mak Ani selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi Cyberjaya 10, Cyberjaya, Selangor, petang semalam - Gambar Instagram Chef Wan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perpisahan kerana ajal adalah suatu perkara yang cukup menyedihkan, apatah bila ia memisahkan seseorang anak yang cukup rapat dengan ibunya. 

Itulah yang dirasai chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan tatkala ibundanya tercintanya, Noraini Abdullah atau lebih mesra disapa sebagai Mak Ani selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi Cyberjaya 10, Cyberjaya, Selangor, petang semalam. 

“Alhamdulilah ibu disemadikan dengan tenang di tanah perkuburan Cyberjaya 10. Semuanya berjalan lancar dari dimandikan dan di kafan jenazah di Masjid Putra Putrajaya sampai la pengebumian beliau.

“Saya cuba menahan air mata saya dari masjid ke simen tetapi bila talkin dibaca akhirnya berderai juga air mata saya.

“Saya adalah orang terakhir yang meninggalkan pusarannya kerana saya mahu bersendirian dengannya.

“Berat sungguh kaki mahu meninggalkan emak di tanah perkuburan tadi seorang diri. Berjurai lagi air mata saya.

“Tetapi seperti kebanyakan perkara lain, ia telah menjadi sebahagian daripada sejarah saya. Semoga rohnya diampuni Allah dan ditempat bersama-sama orang yang beriman. Berehat dengan aman ibu. Al Fatihah,” katanya dalam sebuah perkongsian di Instagramnya.

Chef Wan sememangnya cukup rapat dengan Mak Ani dan sentiasa memuatnaik pelbagai hantaran tentang gelagat Mak Ani atau gelagatnya mengusik Mak Ani serta rutin sehariannya bersama ibunya. 

Hantaran-hantaran Chef Wan berkaitan dengan Mak Ani sentiasa menghiburkan pengikut-pengikutnya serta pengguna media sosial. 

Seperti mana Chef Wan, pasti ramai juga yang turut terkesan dengan pemergian wanita yang telah melahirkan Chef Wan sehingga berjaya menjadi seorang chef bertaraf antarabangsa yang cukup disegani. 

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Mak Ani, mengampunkan segala dosa-dosanya dan menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman. – Getaran, 13 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa