web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Kesan Suspek Ketiga Lari Pemeriksaan Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2023 4:57PM

Aksi kereta peronda polis mengejar suspek yang memandu PERODUA Bezza berjaya dirakamkan orang ramai. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang lagi suspek dipercayai menaiki kereta PERODUA Bezza, yang melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Jalan Utara menghala ke Cyberjaya di sini, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Fakhrudin Abd Hamid berkata, setakat semalam hanya dua suspek yang menaiki kenderaan tersebut iaitu seorang lelaki berusia 27 tahun dan seorang wanita, 21, ditahan di Bulatan Taman Tasik Cyberjaya, Sepang.

Beliau berkata, polis juga sedang menyiasat hubungan antara kedua-dua suspek yang ditahan itu dengan suspek ketiga, sama ada rakan jenayah atau sebaliknya.

“Selain itu, siasatan kami juga mendapati suspek lelaki yang berumur 27 tahun itu disahkan positif ganja dan disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya kepada BERNAMA hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, anggota unit rondaan bermotosikal yang cedera dirempuh semasa cuba menahan mereka di Jalan PJS6/1 Sungei Way, mengalami kecederaan di bahagian muka dan tangan.

“Anggota polis berkenaan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan telah keluar pada hari sama,” katanya.

Isnin lalu, polis menahan dua individu selepas lebih 20 kereta peronda polis mengejar mereka sejauh kira-kira 50 kilometer, selepas lari daripada pemeriksaan di Jalan Utara, Petaling Jaya menghala ke Cyberjaya, di sini.

Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemukan sebilah pisau, sepasang gunting, sepasang sarung tangan, sebuah topi keledar, sekeping kad pengenalan individu lain dan empat keping kad debit dalam kereta tersebut.

Semakan rekod mendapati pemandu lelaki itu mempunyai 11 rekod lampau iaitu enam melibatkan kesalahan jenayah, empat melibatkan kesalahan dadah dan satu rekod masih dikehendaki bersabit kesalahan samun berkumpulan dengan menggunakan senjata, manakala wanita itu pula tidak mempunyai rekod jenayah lampau. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Polis Tahan 3 Lelaki Disyaki Pukul Pekerja Kedai Nasi Kandar

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Berat Sungguh Kaki Tinggalkan Emak Di Perkuburan Seorang Diri – Chef Wan 

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kemalangan 3 Pekerja Mati Lemas Di Cyberjaya Bukan Di Lurang Pembetungan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Lemas Pasang Kabel Telekom, 3 Rakyat Indonesia Disahkan Maut

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran