web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Tahan 3 Lelaki Disyaki Pukul Pekerja Kedai Nasi Kandar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 9:15PM

Tangkap layar video media sosial menunjukkan dua orang lelaki memukul seorang pekerja restoran di Cyberjaya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai terlibat memukul dua pekerja restoran nasi kandar terkemuka di Cyberjaya dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata tiga lelaki berumur antara 50 dan 51 itu ditahan berasingan di Balai Polis Cyberjaya dan Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang antara pukul 1.40 pagi dan 10 pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, tiga lelaki itu yang berkunjung ke restoran berkenaan untuk makan dipercayai bertindak memukul pekerja kedai setelah salah seorang daripada mereka ditegur kerana menggunakan jari untuk mengambil lauk di seksyen nasi kandar kedai berkenaan.

“Suspek dikatakan menggunakan jarinya untuk mengambil lauk dalam keadaan mabuk… Akibat ditegur, mereka telah bertindak agresif dan mula memukul pekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pekerja kedai itu turut dipukul menggunakan pengepit makanan besi di bahagian kepala dan badan, menyebabkan mereka mengalami lebam serta luka, antaranya di bahagian kepala, badan, leher, bahu serta tangan, dan insiden pergaduhan itu menjadi tular di media sosial.

Wan Kamarul berkata kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serta Seksyen 427 dan Seksyen 506 kanun sama kerana melakukan tindakan menakut-nakutkan secara jenayah.

Beliau berkata seorang daripada yang ditahan itu merupakan pemandu pelancong yang mempunyai enam rekod jenayah dan lima kes dadah, manakala seorang lagi adalah pemandu teksi dengan tiga rekod jenayah dan dua rekod dadah.

Katanya seorang daripada lelaki berkenaan telah ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini, dan polis akan memohon untuk menahan reman dua lagi suspek esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Siasat Insiden Tular Pukul Anjing

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad