web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Siasat Insiden Tular Pukul Anjing

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2024 8:23PM

Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis telah merekodkan keterangan seorang lelaki bagi membantu siasatan kejadian tular penderaan seekor anjing peliharaan di sebuah taman
perumahan di Johor Jaya di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya sedang menyiasat lanjut kes berkenaan susulan menerima laporan berkaitan kejadian yang berlaku pada 9.30 malam, Khamis lepas itu daripada seorang pengadu.

"Pengadu yang merupakan seorang wanita tempatan berusia 49 tahun mendakwa melihat sendiri perbuatan lelaki berkenaan.

"Sehubungan itu, polis telah mengambil keterangan individu (lelaki) dalam video terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari InI.

Moha Sohaimi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 428
Kanun Keseksaan, Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak melakukan penganiayaan terhadap haiwan peliharaan dan meningkatkan pengetahuan serta kesedaran tentang perlindungan terhadap haiwan.

Terdahulu, satu video berdurasi 29 saat tular menerusi laman Facebook akaun Malaysian Dogs Deserve Better menunjukkan seorang individu merotan anjing peliharaannya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Ganggu Anggota Trafik, ‘Inspektor Sheila’ Disiasat 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tidak Batal Lesen Pengimport Dan Ejen Langgar Perintah, JKDM Disiasat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebar Fitnah Dalam Kuliah, Rosmin Adam Disiasat Pihak Berkuasa

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad