web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aryan Khan Bakal Mulakan Projek Pengarahan Pertamanya Di OTT Platform, Bikin Shah Rukh Khan Teruja 

Menurut beberapa portal lain, Aryan sudah pun melakukan rekki untuk mencari beberapa lokasi penggambaran yang sesuai untuk projek pengarahan pertamanya itu. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2022 7:14PM

Aryan Khan - Gambar Instagram Aryan Khan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saat ini semua mata tertumpu kepada Aryan Khan iaitu anak sulung kepada aktor Datuk Shah Rukh Khan dan Datin Gauri Khan. 

Apa tidaknya, baru-baru ini, Aryan telah memuat naik sebuah hantaran yang menarik perhatian ramai di Instagramnya. 

Dalam hantaran itu, tertera tangan Aryan memegang sebuah skrip dan clip board Red Chillies Entertainment iaitu produksi milik bapa dan ibunya itu turut kelihatan beserta kapsyen: “Selesai menulis, tidak sabar untuk menyebut action”.

Menurut beberapa portal lain, Aryan sudah pun melakukan rekki untuk mencari beberapa lokasi penggambaran yang sesuai untuk projek pengarahan pertamanya itu. 

Namun, yang paling teruja pastinya adalah bapanya, Shah Rukh Khan yang meninggalkan komen: 

"Wow....berfikir... percaya....mimpi sudah berakhir, sekarang perlu melangkah dengan berani....doakan yang terbaik untuk yang pertama. Ia sentiasa istimewa...,” katanya. 

Aryan Khan bersama Shah Rukh Khan - Gambar Instagram Shah Rukh Khan
Aryan Khan bersama Shah Rukh Khan - Gambar Instagram Shah Rukh Khan

Aryan Khan dilaporkan akan memulakan projek pengarahannya itu dengan genre thriller. Sebelum ini, dia telah beberapa kali ditawarkan penerbit dan pengarah, Karan Johar untuk berlakon. 

Tetapi, dia juga telah menolak tawaran tersebut beberapa kali kerana minatnya lebih cenderung ke arah pengarahan. Bahkan, dia mahu menjadi penulis skrip dan pengarah pada masa yang sama. 

Pernah terkait dengan penyalahgunaan dadah pada October 2021, Aryan telah pun menjalani kehidupan yang sederhana selepas itu dan disahkan bersih daripada bahan terlarang itu sejak beberapa bulan lalu. – Getaran, 10 Disember 2022

Isu Pada

Dedikasi Jasmine Suraya

10 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Pengarah Telefilem Kesal Masih Belum Terima Imbuhan Dana RM200,000 Dimenangi Di ASA2022

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Shah Rukh Khan Bakal Berlakon Dengan Anak Perempuannya, Suhana Khan Dalam Projek Filem Terbaharu 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Masih Sedih Dengan Pemergian Ibu Bapanya Akibat Kanser - Liyana Jasmay Akui Mula Ambil Berat Tentang Status Kesihatan 

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Shah Rukh Khan dan Ranveer Singh Jadi Cameo Dalam ‘Stardom’ Arahan Aryan Khan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa