Berita Terkini

6 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Himpunan Lagu Raya Baharu 2022, Bhg. 2

Tahun ini banyak syarikat rakaman yang ghairah mengeluarkan lagu-lagu raya baharu untuk artis-artis rakaman baharu dan lama yang berada di bawah naungan mereka.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2022 5:32PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas dua tahun kita berhadapan dengan pandemik COVID-19, tahun ini nampaknya ramai yang mahu melepas geram atau  membalas dendam untuk  beraya sakan. 

Bahkan, kebanyakan syarikat rakaman juga nampaknya cukup ghairah mengeluarkan lagu-lagu raya baharu untuk artis-artis rakaman baharu dan lama yang berada di bawah naungan mereka.

Stesen penyiaran televisyen dan radio juga turut mengambil kesempatan untuk menghasilkan lagu raya yang baharu untuk kegunaan kempen dan kandungan produk mereka. 

Beberapa minggu lepas, portal Getaran telah menghimpunkan 15 lagu raya baharu yang diluncurkan pelbagai artis daripada label muzik yang berbeza sempena sambutan raya fasa menjelang endemik ini. 

Nampaknya, ada lagu lagu-lagu raya baharu yang terus-menerus dikeluarkan selepas itu. Jom baca senarai tambahan 17 lagu raya baharu tahun 2022. 

 

'Lip Lap Raya' – Datuk Seri Siti Nurhaliza 

Inilah lagu yang sedang trending di tangga ketujuh di platform YouTube. Ia mungkin disebabkan penyanyinya adalah Datuk Seri Nurhaliza atau mungkin juga disebabkan kekecohan perkataan miskin hina yang digunakan di dalam lagu ini.

Apa pun melodi lagu ini boleh tahan sedap juga, cuma entah kenapa ya perkataan lip lap itu digunakan?  Mungkin, ia dianggap hipster kot! 

 

'Raya Terbaik' – Dayang Nurfaizah, Hannah Delisha dan Sophia Liana 

Gandingan yang sama sekali tidak dijangka tapi cukup menjadi. Lagu ini memang punya tarikan yang tersendiri kerana menggandingkan tiga penyanyi wanita yang berbeza genre iaitu R&B, pop dan rap.

Ia memberikan feel dan nuansa yang berbeza untuk sebuah lagu fusion raya seperti ini.  Cuma, judulnya sahaja yang kedengaran seperti tajuk kompilasi lagu raya. 

 

'Hari Raya Kini Dah Kembali' – Masdo menampilkan Bunga 

Entah kenapa ya, mood raya akan lebih terasa apabila ia disuntik dengan irama klasik seperti pop yeh yeh ini. Ia seperti membangkit nostalgia raya waktu zaman dulu-dulu.

Untuk disesuaikan dengan getaran muzik masa sekarang, Masdo cuba menyuntik elemen rap daripada Bunga. Suatu kolaborasi yang cukup menarik. 

 

'Gema Raya' – Aina Abdul

Penyanyi yang sedang meningkat naik ini tampil dengan lagu raya ciptaannya sendiri.  Lagu ini sedang trending di tangga ke-15 di YouTube. Sebagai seorang penyanyi dan juga komposer, Aina bijak menggubah lagu yang memiliki sentuhan irama 60-an ini dengan vokal emasnya. 

Ada waktu-waktunya, suaranya kedengaran seperti penyanyi lama. Suatu usaha yang bagus! Tapi, mungkin lagu ini akan lebih membangkit apabila menggunakan penyanyi suara latar yang berbeza. 

 

'Gatal Raya' – Janna Nick 

Seperti yang kita sudah sedia maklum, lagu 'Gatal' nyanyian Janna Nick telah pun menjadi trending di beberapa negara seluruh dunia.

Oleh kerana demam lagu ini tidak habis lagi, ia telah dijadikan versi raya pula. Pencipta lagunya iaitu Aepul Roza daripada DramaBand telah melakukan tugas yang baik untuk menghasilkan lirik dalam versi raya. Untung Aepul ya! 

 

'Erti Lebaran' – Syamel 

Kalau isterinya, Ernie Zakri muncul dengan lagu raya 'Zapin Lebaran', Syamel pula tampil dengan lagu 'Erti Lebaran' yang digubahnya sendiri.

Ia sebuah lagu fusion irama Melayu Asli. Untuk lagu sebegini, patah lagunya sebenarnya sangat penting, namun Syamel membawakannya dengan caranya yang sendiri. 

 

'Kemenangan' – Ramlah Ram 

Siapa sangka penyanyi legenda yang hebat seperti Ramlah Ram akan muncul dengan lagu raya baharu yang diterbitkan di bawah syarikat produksinya sendiri iaitu RRG Entertainment.

Apa yang menarik melodi lagu ini adalah ciptaan komposer dan pemuzik Mohar yang juga adalah adik iparnya, manakala lirik ditulis Ramlah serta Ismi Rusli. Vokal Ramlah yang padu menjadikan lagu raya ini benar-benar bernyawa. 

 

'Semangat Lebaran Kita' – Wani Kyrie & Yonnyboii  

Kedua-dua penyanyi ini berkolaborasi untuk menjayakan lagu raya berjudul 'Semangat Lebaran Kita'. Ia memiliki gabungan elemen hip hop, ragga dan pop Melayu yang sangat catchy dan menjadi. 

Sesuai benar dengan citarasa pendengar muda zaman sekarang. Gabungan vokal mereka juga memang cukup serasi.  

 

'Ini Lagu Hari Raya' – Pat Candy, Armand Ezra, Kudien Rafee, Eva Maria, Kelvin, Bunyi.FX dan Edrie Hashim 

Sebuah lagu rock raya yang cukup segar, lagu ini menampilkan gabungan artis-artis yang berada di bawah syarikat produksi Neogendang milik Edrie Hashim.

Lagu ini adalah ciptaan Edrie Hashim sepenuhnya dan pasti juga kerja-kerja gitar di dalam lagu ini mendapat sentuhan Edrie sendiri.  

Menariknya, 'Ini Lagu Hari Raya' juga turut  menjadi lagu raya pertama yang dipromosikan sebagai trend digital terkini dalam bentuk NFT.

 

'Raya Xtra Bersama' – Amir Masdi, Han Byul & Ara Johari 

Pernah dengar lagu 'Debu' yang disampaikan secara duet oleh Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi tak? Ha, lagu 'Raya Extra Bersama' ada feel lagu 'Debu' itu. Sebab itu, lagu ini sedap. Tapi lebih sedap kalau ia hanya mengekalkan Amir Masdi dan Ara Johari. 

 

'Seikhlas Hati' – SOG Menampilkan Shila Amzah 

Selepas 'Pelukan Angkasa', nampaknya SOG dan Shila Amzah terus berkolaborasi dengan lagu raya pula berjudul 'Seikhlas Hati' yang turut diangkat sebagai lagu tema untuk kempen 'Seikhlas Hati'. 

Walaupun SOG masih mengekalkan stail dan trademark muzik mereka termasuk elemen rapcore, namun ia juga turut diberi suntikan elemen muzik Melayu.

'Seikhlas Hati' memang sebuah lagu rock segar, sedap dan tidak bosan didengar berulang kali. 

 

'Pulang' – Baby Shima 

Rasanya tahun ini, banyak sangat lagu-lagu raya ceria dan gembira dihasilkan.

Sebagai suatu kelainan, Baby Shima tampil dengan lagu raya yang menyentuh perasaan dengan 'Pulang' ciptaan A. Ramlee dan Ezra. Kalau didengar berulang kali, lagu ini makin sedap pula. 

 

'Adakah Ini Raya' – Reedzwann 

Penyanyi baharu dari Rusa Music ini turut diberi peluang untuk membawakan lagu raya baharu berjudul 'Adakah Ini Raya'.

Tak sangka sedap pula tone suara Reedzwann kala membawa lagu ini. Kena betul dengan vokalnya. Vokal yang lebih kurang sama stail dengan Sufian Suhaimi. 

 

'Raya Kita Raya' – Artis Rocketfuel 

Lagu 'Raya Kita Raya' ini adalah sebuah lagu tema raya daripada label Rocketfuel. Lagu ini juga adalah sebuah lagu raya baharu yang catchy,  sedap dan cepat meresap di halwa telinga. Walaupun ia sebuah lagu moden, namun elemen muzik Melayu tetap terkesan.  

Lagu ini  dijayakan ramai penyanyi yang bernaung di bawah label Rocketfuel iaitu Syamel, Sufi Rashid, Ara Johari, Amira Othman, Yuka Kharisma, Dafi, Irfan Haris, Masya Masyitah, Timah, Hady Mirza, Idris Brown dan Syazwan Shuhaimi. 

 

'Riang Ria Aidilfitri' – Artis Rusa & MVM 

Lagu 'Riang Ria Aidilfitri' ini mungkin adalah sebuah lagu tema raya untuk label Rusa & MVM. Lagu ini boleh tahanlah, tapi pening juga untuk mengenal penyanyi-penyanyinya kerana ada yang ternama dan ada yang tidak. 

Barisan artis yang menjayakan lagu raya ini adalah Sarah Suhairi, Sufian Suhaimi, Reedzwann, Aidilia Hilda, Beby Acha, Bibi Qairina, Sheryl Shazwanie, Azzam Sham, Haikal Farid, Zaki Yamani, Puteri Sari, Amy Ukays, Coot Ukays, Syafiq Farhain, Erin CTJ, Ariff Bahran dan Shah Rezza.

 

'Pelukan Aidilfitri' – Penyampai Radio Suria FM 

Istimewa pada kali ini, penyampai-penyampai radio Suria Fm iaitu Ajak, Fizi Ali, Suraya, Cik Piah, Rara, Tyzo, DJ Lin dan Anna J telah bergabung untuk menjayakan lagu raya yang diberi judul 'Pelukan Aidilfitri' ini. 

Apa yang menarik, lagu ini juga adalah lagu tema untuk drama pendek raya berjudul Dodol Tak Bergula yang disiarkan di platform YouTube Suria FM.  

 

'Raya Raya' – Amir Masdi, Adira, Mat Dan, DJ Nazz & Kai Hassan 

Sesuai dengan pelancarannya sebagai radio baharu untuk pendengar Pantai Timur, penyampai-penyampai radio Molek FM telah bergabung dengan dua penyanyi terkenal iaitu Amir Masdi dan Adira untuk menjayakan lagu 'Raya Raya' sempena sambutan raya kali ini. 

Tapi, apakah relevan untuk membawakan lagu raya tanpa dialek Pantai Timur? Ia sekadar satu pertanyaan tapi mungkin boleh difikirkan oleh pengurusan stesen radio tersebut di masa akan datang. - Getaran, 1 Mei 2022

Isu Pada

Syawal Terindah Nur Fazura

30 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Perodua Axia Baharu Tidak Terjejas Dengan 'Ketidakaturan Prosedur' Ujian Daihatsu

3

Muzik 11 bulan yang lalu

‘Raya Rempit’ Trending Di YouTube, Achey  Dedah Lagu Raya Itu Dicetuskan Buat ‘Mat Motor’ Yang Pulang Beraya Di Kampung

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Beraksi Bak Pemuzik Profesional, KJ Dan Keluarga Pukau Netizen

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok