Berita Terkini

3 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


2022 Meriah Dengan Pelbagai Lagu Raya Baharu

Tahun 2022 ini menyaksikan banyak lagu raya baharu dihasilkan dan ia juga satu petanda bahawa industri muzik tanah air sudah kembali bernafas dan rancak semula.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2022 2:06PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap kali menjelang raya, pasti lagu-lagu raya lama yang klasik mahupun penuh nostalgia menjadi pilihan untuk didengar serta dimainkan. 

Bahkan, raya juga semacam tidak lengkap jika tidak mendengar lagu-lagu raya yang dipersembahkan penyanyi legenda seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Uji Rashid dan Hail Amir, Datuk DJ Dave, Datuk Ahmad Jais, Fazidah Joned, Datuk Sharifah Aini, Datuk Sudirman Haji Arshad, Datuk M. Nasir dan Datuk Siti Nurhaliza. 

Ia bukan sahaja berjaya menggamit memori kita kala menyambut lebaran zaman kanak-kanak tetapi penghasilan melodi dan lirik yang padu, menjadikan lagu-lagu ini tidak muak didengar zaman-berzaman. 

Alasan-alasan ini membuatkan segelintir kita menolak untuk mendengar lagu-lagu raya baharu yang dinyanyikan penyanyi-penyanyi era milenial. Namun, lagu-lagu raya baharu tetap dihasilkan. 

Mengapa? Mungkin ada yang tertanya, mengapa harus lagu-lagu raya baharu ini dihasilkan kalau ia tidak mendapat sambutan yang sehangat dengan lagu-lagu raya lama? 

Mengapa tidak? Lagu-lagu raya baharu yang dihasilkan seharusnya diraikan kerana ia membuktikan bahawa lagu raya juga melalui evolusi pada setiap era tertentu dengan melodi, lirik dan penyanyi yang berbeza. 

Apa yang penting juga sambutan raya menjadi lebih meriah dengan kehadiran lagu-lagu raya baharu daripada penyanyi muda. 

Tahun 2022 ini menyaksikan banyak lagu-lagu raya baharu dihasilkan. Ia juga satu petanda bahawa industri muzik tanah air sudah kembali bernafas dan rancak semula dengan kerja-kerja penerbitan muzik rakaman. 

Jom kita lihat senarai lagu-lagu raya baharu 2022 ini: - 

 

'Suara Lebaran Kita' – Hael Hussaini dan Dolla 

Tahun lalu, Dolla muncul dengan lagu raya yang hit dan menjadi kegemaran ramai berjudul 'Raya Raya Raya', manakala Hael Hussaini pula tampil dengan lagu raya 'Bersyukur Seadanya' pada 2019 yang meraih 14 juta tontonan. 

Tahun ini, Hael Hussaini bergabung dengan Dolla untuk mempersembahkan lagu raya baharu berjudul 'Suara Lebaran Kita' yang mengisahkan tentang keseronokan untuk beraya dan bertemu orang-orang tersayang selepas beberapa tahun tidak bertemu.

 Menariknya lagu ini kerana ada unsur pop tradisional yang digabungkan dengan irama dansa. Ia memperlihatkan kolaborasi unik Dolla dan Hael Hussaini. 

 

'Gadys Raya' – The Gadys 

Sebuah kumpulan vokal wanita baharu yang menamakan diri mereka The Gadys dan membuat debut pertama mereka sebagai penyanyi rakaman dengan lagu raya berjudul 'Gadys Raya'. Agak menarik juga strategi ini ya. 

Lagu mereka ini sangat rancak,ceria, cute dan cukup menepati cita rasa pendengar muda zaman sekarang. Lebih-lebih lagi apabila menceritakan keseronokan mengenakan baju baharu dan menikmati juadah raya.  

Walaupun ia sebuah lagu pop moden yang up tempo, namun ia turut menyelitkan irama 60-an. Memang kena dan sesuai dan lagu ini tidak jemu didengar dan boleh dilayan berulang kali.   

 

'Sambutlah Hari Raya' – Aiman Tino 

Tiga tahun yang lalu, penyanyi Aiman Tino pernah muncul dengan lagu raya berjudul 'Raya Telah Tiba' dan pada tahun ini, Aiman membuat kemunculan dengan lagu raya baharu yang berjudul 'Sambutlah Hari Raya'. 

Ia sebuah lagu pop yang mempunyai suntikan irama pop yeh yeh. Lagu ini mengajak kita untuk beraya dan meluangkan masa untuk bertemu dengan orang-orang tersayang. Boleh tahan sedap didengar lagu ini dan memang sesuai dengan vokal Aiman. 

 

'Jom Balik Raya' – Qody Rany dan Sa-Ya 

Nampaknya Saiful Apek dan Yasin yang bergabung atas nama kumpulan Sa-Ya tidak mahu ketinggalan untuk merakamkan lagu raya baharu. Bersama Qody Rany, mereka muncul dengan lagu 'Jom Balik Raya'. 

Lagu yang bergenre pop joget moden yang bersifat komedi ini memang cukup menghiburkan dan mampu mengingatkan kita kepada zaman Senario mereka. Lagu ini menceritakan ragam orang kita apabila mahu pulang beraya. 

 

'Meriahnya Lebaran' - Apak, Beby Acha, Pak Azad, Masmona, Jia Hui

Sebuah lagu yang raya berirama joget yang cukup meriah dan membuatkan kita juga mahu berjoget sama. Ia dipersembahkan artis-artis MVM iaitu Apak, Beby Acha, Pak Azad, Masmona dan Jia Hui. 

Lagu ini juga mempunyai unsur penyatuan bangsa kerana ia turut menyelitkan kata-kata dalam bahasa Mandarin oleh Jia Hui dan Tamil oleh Pak Azad. 

 

'Nostalgia Raya' – Hasif Upin dan Yunadia 

Lagu ini dipersembahkan penyanyi Hasif Upin dan Yunadia yang bernaung di bawah syarikat rakaman Armani Entertainment. Namun, apa yang menarik ialah lagu ini turut menampilkan artis-artis lain di bawah syarikat rakaman ini.

Lagu 'Nostalgia Raya' ini berpaksikan pop pantas, ceria dan catchy. Lagu ini juga tidak bosan didengar berulang kali. Namun, mesejnya lebih kurang sama dengan lagu-lagu raya baharu lain iaitu tentang kemeriahan lebaran. 

 

'Hari Raya Untuk Semua' – Fieya Julia 

Penyanyi yang bernaung di bawah Aries Music ini tampil dengan lagu raya ciptaannya sendiri berjudul 'Hari Raya Untuk Semua'. 

Sebuah lagu pop mid tempo yang mempunyai suntikan elemen rock dan tradisional yang ringan, lagu ini juga punya tarikan yang tersendiri. 

 

'Sama-Sama Raya' – Zul Ariff dan Kamal Hamidi 

Ini pula sebuah lagu raya  daripada duo penyanyi Zul Ariff dan Kamal Hamidi yang bernaung di bawah Indigital Music. 

Lagu yang berjudul 'Sama-Sama Raya' ini adalah sebuah lagu pop yang mempunyai elemen nusantara. Lagu ini mengajak kita beraya bersama-sama dengan gembira. 

 

'Raya Kita Raya' - Syamel, Sufi Rashid, Ara Johari, Amira Othman, Yuka Kharisma, Dafi, Irfan Haris, Masya Masyitah, Timah, Hady Mirza, Idris Brown dan Syazwan

Lagu raya baharu berjudul 'Raya Kita Raya' ini menggabungkan penyanyi hebat tanah air yang bernaung di bawah label Rocketfuel Entertainment iaitu Syamel, Sufi Rashid, Ara Johari, Amira Othman, Yuka Kharisma, Dafi, Irfan Haris, Masya Masyitah, Timah, Hady Mirza, Idris Brown dan Syazwan

Kalau anda sukakan feel lagu 'Sesuci Lebaran', pasti anda akan menyukai lagu ini. Gabungan irama moden dan tradisional, disatukan dengan cukup baik. Kesemua penyanyi mempunyai bahagian nyanyian masing-masing. 

 

'Zapin Lebaran' – Ernie Zakri 

Tidak seperti artis lain, lagu raya Ernie Zakrie kali ini agak berbeza. Tampil dengan irama klasik zapin, lagu berjudul 'Zapin Lebaran' yang rancak ciptaan Ernie dan Yuka Kharisma ini mampu menyuntik kepelbagaian lagu raya baharu pada tahun ini. 

Walaupun 'Zapin Lebaran' dipersembahkan secara solo oleh Ernie, namun dia turut ditemani penyanyi lain untuk menambahkan kemeriahan lagu ini. 

Ada banyak lagi lagu raya baharu yang muncul pada tahun ini termasuk 'OOTD Raya' yang dipersembahkan bakat-bakat baharu di bawah Ace Talents iaitu Da Unknown, Moleque, Aliff Idham, El Farabi dan Cikidot. 

Selain itu, ada juga lagu raya baharu daripada Rusa Music iaitu 'Jang Raya' menampilkan Superlaki 2022 dan Adik Puteri Rayyana Rayqa. 

Bagi bakat-bakat baharu yang bernaung di bawah Awal Muzik pula iaitu Syameer Azmi, Danial Kifli dan Heedan Mohd, mereka muncul dengan lagu 'Raya Dah Tiba.'

Lagu 'Hello Raya' pula dipersembahkan Heedan Mohd, Syameer Azmi, Auman Rayn, Afie dan Dania Hatta daripada Awal Entertainment. 

Manakala bakat-bakat baharu daripada 4U Entertainment iaitu Aiman Sidek, Araf Azi, Anuar Fadilah dan Echa pula tampil dengan lagu 'Raya Yang Bahagia'. - Getaran, 17 April 2022

Isu Pada

Evolusi Pendidikan Islam

16 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

2

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Aliran Trafik Mula Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Puluhan Ribu Penumpang Dijangka Banjiri Lapangan Terbang Mulai Hari Ini

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart