Berita Terkini

3 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


"Kalau Mummy Mati, Mummy Tahu Ada Orang Boleh Jaga Syanie!" 

Semenjak mengahwini Zahril Hafiz Mohammad Nor, Syanie akui kehidupannya lebih ceria dan gembira. Syanie juga terharu belahan jiwanya itu menerima dirinya seadanya, termasuk saiz badan.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2022 3:01PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas hujan, pasti mentari akan muncul dan menyinar bahkan adakalanya pelangi akan terbentuk, memancarkan keindahan warna-warnanya, memberikan kita suatu kegembiraan dan semangat baharu untuk menempuh hari mendatang. 

Begitulah dengan kehidupan manusia. Selepas melalui segala dugaan perit dan kehidupan yang menyedihkan, pasti akan muncul sinar kebahagiaan akhirnya. Inilah yang dilalui pelakon Syanie Hisham, 48. 

Dia kini semakin gembira dan sentiasa tersenyum dan ceria sejak melangsungkan pernikahan dengan Zahril Hafiz Mohammad Nor pada 19 Februari 2020. Zahril bertugas sebagai Eksekutif Latihan di Domino’s Pizza dan penasihat kewangan Public Mutual.

Pemuda yang jarak usianya 12 tahun lebih muda daripadanya itu telah berjaya mengetuk pintu hati Syanie untuk melayari bahtera perkahwinan semula, biarpun sebelum ini dia pernah mengakui serik untuk berkahwin lagi. 

“Ya, sebelum ini saya memang tak nak kahwin lagi, Saya tak nak apa-apa. Selepas menempuh perkahwinan pertama dan kedua yang cukup teruk (yang kedua paling teruk), saya rasa cukuplah setakat itu. 

“Saya rasa lelaki memang tak berbaloi. Serius tidak berbaloi. Yang buatkan saya jatuh hati dan terbuka hati untuk menerima Zahril adalah apabila dia datang berjumpa ibu saya. 

“Waktu itu kami masih di awal perkenalan. Dia cakap, 'Mummy saya nak kawan dengan Syanie, saya mahu jaga Syanie dan saya mahu memperisterikan Syanie. Mummy izinkan tak?'

“Awak rasa ibu saya tak cairkah bila dia cakap begitu?” kata Syanie kepada Getaran. 

Kejadian yang berlaku pada bulan puasa itu masih tersimpan kemas dalam ingatannya. 

“Ibu saya siap halau saya masuk dapur sebab dia mahu borak-borak dengan Zahril. Melihat mereka berdua bersembang, saya sedar dia berjaya memenangi hati ibu saya. 

“Tapi, adik lelaki saya, Damak pula yang bising. Dia persoalkan kepada Mummy, 'Takkan baru kenal terus nak kahwin?' 

“Apa tidaknya, saya mula serius menjalinkan hubungan dengan Zahril pada 19 Februari 2019. Genap setahun berkawan, ia kemudian disusuli dengan perancangan untuk bernikah pada 19 Februari 2020. 

“Damak bertanya betulkah keputusan yang saya ambil untuk bernikah dengan Zahril. Ibu kemudian cakap dengan Damak, kalau dia tidak percaya dengan penilaian saya, Mummy faham.  

“'Tapi, Mummy minta Damak percayalah dengan penilaian Mummy. Yang ini okey. Mummy beri jaminan kepada Damak.' Kalau Mummy sendiri sudah kata okey dan bagi cop mohor, apa lagi saya nak katakan,” katanya sambil tersenyum. 

Tanggal 19 Februari ini, Syanie bakal menyambut ulang tahun pernikahan yang pertama dengan Zahril. 

Kata Syanie, dia bersyukur dan sentiasa berterima kasih kepada Tuhan kerana telah memberikan kehidupan yang lebih gembira dan bahagia buat dirinya. 

“Keluarga dan saudara saya juga nampak saya lebih ceria dan gembira sekarang ini. Pergi ke mana-mana saya sentiasa senyum.

“Waktu penggambaran filem Hantu Kuat Ketawa tahun lepas, hari-hari dia akan hantar dan jemput saya pulang. Waktu penggambaran Jaga-Jaga Senario Reunion awal tahun ini, dia tidak dapat hantar sebab dia kerja. 

“Tapi, dia ada singgah di lokasi untuk berjumpa saya dan habis penggambaran, dia jemput saya pulang. Benda-benda macam itu, membuatkan saya rasa dihargai dan saya juga turut menghargai setiap waktu bersama dengan dia,” katanya sambil tersenyum, menampakkan lesung pipitnya yang comel. 

Jelas Syanie lagi, dia juga bersyukur kerana Zahril menerima dirinya seadanya dan paling penting menerima saiz badannya. 

“Waktu mula-mula kahwin, saya minta maaf kepada dia sebab saya tak boleh bagi anak. Saya tanya, tak apakah? Dia cakap tidak mengapalah sebab mungkin ini cara Tuhan mahu kami saling menggembirakan antara satu sama lain.  

“Dia juga tidak malu pegang tangan saya ketika berjalan ke mana-mana. Dia tunjukkan saya ini segala-galanya buat dirinya.  

“Hari-hari dia mahu pegang tangan saya. Dia ada tanya, saya rasa rimaskah kalau dia selalu pegang tangan saya. Saya cakap, awak jangan buat sekarang sahaja tapi teruslah kekalkan sampai hujung nyawa kami.  

“Dia cakap, 'Awak pasti? Kalau awak rimas?' 'Kalau saya rimas, saya tolak sajalah awak,'” kata Syanie sambil tertawa. 

Namun, apa yang penting, jodoh Syanie bersama Zahril memang sudah tersurat. 

“Yang penting saya tidak cari, ya. Dan, dari segi kerjaya, dia banyak memberikan sokongan kepada saya, cuma dia tidak mahu saya berlama-lama menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur.  

“Dia juga banyak bantu perniagaan dalam talian saya. Dia bantu jaga stok dalam akaun saya. Kalau ada lebihan duit, dia akan nasihatkan apa yang perlu buat dengan duit tersebut. Akaun saya sangat teratur sekarang,” katanya. 

Menurut Syanie lagi, dia sendiri bagaikan tidak percaya bahawa dia bertemu jodoh dan mendirikan rumah tangga buat kali ketiga. 

“Pernah saya diwawancara oleh seorang wartawan hiburan bernama Huzz dahulu. Saya siap cakap kepada Huzz, kalau saya kahwin, tembaklah saya. 

“Zahril pernah hantar video wawancara itu kepada saya dan tanya, apa ni? Saya cakap, 'Ahhh.. okey.. itu sebelum saya kenal awak.' 

“Waktu itu, memang tiada niat atau hasrat untuk berkahwin lagi serta ada anak. Saya sudah tidak peduli dengan lelaki. Saya fikir saya akan mati seorang diri. Saya juga tidak kisah untuk hidup sendiri dan buat apa saja yang saya mahukan, mengikut cara saya. 

“Tapi, keluarga dan saudara saya beritahu, mungkin Allah SWT sudah susun jodoh ini untuk saya sebab pernah melalui dua perkahwinan yang teruk sebelum ini. Barangkali, Allah SWT ingin lihat saya bahagia sekarang.  

“Ibu saya pula cakap, 'Kalau Mummy mati, sekurang-kurangnya Mummy tahu, ada orang yang boleh jaga Syanie,'” katanya. 

Syanie sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Attimidi Abdul pada 1996 dan bercerai pada 2002. Perkahwinan keduanya bersama Nadi Putera pada 2014 juga tidak bertahan lama apabila bercerai pada 2016. - Getaran, 12 Februari 2022

Gambar: FB Syanie 

Isu Pada

Rahsia Seni Halus Busur Panah

12 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

2

Selebriti 7 bulan yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

3

Selebriti 9 bulan yang lalu

Puteri Sarah Belum Beritahu Anak-Anak Dia Dan Syamsul Yusof Sudah Berpisah, Tidak Mahu Rosakkan Momen Bahagia Mereka

4

TARA 9 bulan yang lalu

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart