web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nikmati Suasana Seperti Di Cameron Highlands Di Kopi Kebun

Penduduk Perlis mahupun pelancong dari luar kini boleh berkunjung ke Kafe Kopi Kebun di Kampung Sentua, Kangar untuk merasai sendiri suasana tenang itu.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2022 2:51PM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bayangkan menikmati kopi dan sajian lazat sambil dikelilingi bunga mawar dan daun keladi berwarna-warni, serta kehijauan pohon buah-buahan. 

Penduduk Perlis mahupun pelancong dari luar kini boleh berkunjung ke Kafe Kopi Kebun di Kampung Sentua, Kangar untuk merasai sendiri suasana tersebut.

Pemilik bersama kafe tersebut, Siti Khadijah Jaafar, 58, berkata minat mendalam terhadap pokok bunga dan buah-buahan mendorongnya untuk membuka kafe berkonsepkan taman bunga itu yang kini tular di media sosial sebagai ‘Mini Cameron Highlands’.

Ini kerana, sebaik melangkah masuk ke premis itu, pengunjung dapat merasai suasana seperti berada di tanah tinggi Cameron apabila dapat melihat pokok bunga seperti mawar daripada spesies English Rose serta pokok keladi spesies Topeng Firaun, Monstera dan pelbagai lagi.

Kedudukan kafe di atas tanah tinggi juga menjadikannya sentiasa ditiup bayu, selain dikelilingi kehijauan pokok buah-buahan seperti mangga harum manis dan longan.

Menurut Siti Khadijah yang mesra dipanggil Kak Siti, pada awalnya beliau dan keluarga mengusahakan mangga harum manis dan beberapa pokok buah lain.

“Sebagai pendapatan sampingan, kami sekeluarga mengusahakan pokok bunga ros dan ramai pembeli dari luar Perlis datang ke kebun, mereka mencadangkan agar kami membuka kafe, maka dari situlah datang idea untuk membuka Kopi Kebun,” katanya yang merupakan bekas jurutera perisian.

Meskipun tempat itu baru sahaja dibuka dua bulan lepas, beliau tidak menyangka ia mendapat sambutan hangat.

“Kami akan berusaha untuk menambah lebih banyak pokok bunga secara berperingkat bagi memberi lebih pilihan kepada pelanggan dan setakat ini ada lebih 100 jenis bunga ros dan pelbagai bunga hiasan lain,” katanya.

Selain itu, ibu kepada dua orang anak itu berkata beliau menyediakan sendiri menu utama seperti nasi kerabu, nasi lemak, laksa johor, mi kari, aneka kuih tradisional Melayu dan beberapa menu sarapan Barat dengan dibantu suami Khairul Lamar Bakri, 58, dan tiga orang pekerja.

Katanya beliau cuba untuk tidak mengguna perisa dan pewarna tiruan dalam setiap hidangan dan hanya menguna bahan semula jadi, sebagai contoh menggunakan bunga telang yang ditanam sendiri dalam penghasilan nasi kerabu.

Siti Khadijah berkata impiannya adalah untuk membangunkan Kopi Kebun sebagai pusat agropelancongan yang mempunyai penginapan dan pelbagai jenis tumbuhan.

“Setakat ini kami hanya ada dua bilik inap desa dan saya bercadang untuk menambahnya pada masa akan datang,” katanya yang turut bercita-cita menjadikan kafenya itu sebagai pusat latihan bagi anak muda yang berminat menceburi bidang agropelancongan. - Bernama

Isu Pada

Di Sebalik Kepetahan Haziq

05 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Cameron Highlands Dahului Senarai 10 Bandar Paling Bahagia 2024

2

Jelajah 2 tahun yang lalu

Indahnya Tulip Mekar Di Malaysia

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mayat Mangsa Tanah Runtuh Cameron Highlands Berjaya Dikeluarkan

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Dyslexia Cafe MY Bantu Tingkat Kesedaran Tentang Disleksia

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh