Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dyslexia Cafe MY Bantu Tingkat Kesedaran Tentang Disleksia

Kisah Kita Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2023 8:48PM

Amer Adham Kamaruddin bersama ibunya, Nor Haslinda Mohd Hanafiah di hadapan kafe - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Diuji dengan disleksia iaitu masalah berkaitan gangguan pembelajaran, tidak mematahkan semangat Amer Adham Kamaruddin, 22, untuk berjaya seperti individu normal lain.

Biarpun terpaksa menempuh jalan berliku termasuk sering diperlekeh masyarakat dan rakan ketika di bangku sekolah, anak sulung daripada dua beradik itu menjadikan cabaran tersebut sebagai dorongan untuk bangkit membuktikan golongan sepertinya juga boleh berjaya.

Di sebalik kesukaran menguasai proses pembelajaran ketika di alam persekolahan, beliau memupuk minat dan kepakaran dalam bidang masakan hingga berjaya membuka kafe sendiri, Dyslexia Cafe MY di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, di sini sejak setahun lepas.

“Apabila ada disleksia, kawan-kawan selalu ejek dan selalu dikata saya tak pandai…sebab itu, saya perlu ke sekolah khas kerana mengalami masalah pembelajaran.

“Pada masa sama, saya juga minat memasak dan sering membantu nenek di dapur seawal umur lima tahun lagi,” katanya kepada BERNAMA  baru-baru ini.

Justeru, bagi mengasah bakat tersebut, Amer Adham tidak melepaskan peluang menyambung pelajaran di Cilantro Culinary Academy selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

“Selepas belajar, saya menjalani latihan industri di Hotel Pullman KLCC di bawah penyeliaan Cef Syamsul. Di sana, saya berpeluang belajar pelbagai jenis masakan daripada cef lain yang berpengalaman.

“Selepas tamat praktikal, saya berniaga secara kecil-kecilan di rumah selama dua bulan sebelum dipanggil Cef Syamsul untuk bekerja semula di hotel itu, hinggalah pada November tahun lepas saya memutuskan untuk berhenti kerja dan membuka kafe sendiri,” katanya. 

Bekas murid di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail ini berkata Dyslexia Cafe MY menyediakan pelbagai jenis makanan gabungan barat dan timur, namun disesuaikan mengikut cita rasa tempatan.

“Tujuan utama kafe ini dibuka bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai disleksia. Ada sahaja ibu bapa yang datang bawa anak-anak mereka ke sini dan minta saya jelaskan dengan lebih lanjut mengenai disleksia," katanya yang mahir dalam masakan Jepun dan barat.

Pada masa sama, suami kepada Nurul Iman Irfannie Izral, 22, ini juga mahu menangkis tanggapan ramai bahawa orang kurang upaya (OKU) tidak boleh berfungsi sebagaimana individu normal.

"Lihat sahaja, beberapa individu terkenal seperti Tom Cruise dan Altimet pun ada disleksia tetapi mereka juga berjaya mengatasi kekurangan dengan kejayaan masing-masing,” katanya yang turut menggaji rakannya, juga penghidap disleksia, Abdul Qhaliq Al Azfari Muhammad, 25, sebagai cef pastri dan 'coffee master'.

Amer Adham turut menzahirkan penghargaan terhadap ibunya, Nor Haslinda Mohd Hanafiah, 48, atas sokongan yang tidak berbelah bahagi kepadanya.

“Ibu adalah insan paling rapat di sisi saya. Dia tidak pernah berputus asa  memberi dorongan dan sokongan untuk membuka kafe dan agar saya mampu buktikan kepada orang luar yang saya juga boleh berjaya,” katanya.

Kini, selepas setahun di Bandar Baru Bangi, Amer Adham berkata operasi Dyslexia Cafe MY terpaksa ditangguhkan seketika kerana akan berpindah ke Pusat Perdagangan Selaseh, Batu Caves, Selangor.

"Dalam tempoh setahun menguruskan kafe, setiap hari saya perlu berulang-alik dari rumah di Batu Caves, Selangor. Ia sebenarnya satu perjalanan yang jauh dan memenatkan serta melibatkan kos yang tinggi. Insya-Allah, jika tiada aral melintang kami akan mula beroperasi di tempat baharu pada akhir Disember ini," katanya yang menjadikan cef selebriti, Jamie Oliver sebagai idola. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Jelajah 6 bulan yang lalu

Takluk 7 Gunung Pada Usia 5 Tahun, Anas Mahu Jejak Puncak Kinabalu

2

Selebriti 7 bulan yang lalu

 Cawangan Ke-10 Kafe Chef Wan Bakal Bertapak Di KLIA

3

TARA 8 bulan yang lalu

Bekerja Dari Kafe, 8 Pilihan Kafe Yang Boleh Dicuba di Pavilion Bukit Jalil

4

Selera 1 tahun yang lalu

Coklat ‘Hardware Tools’ Tarikan Kafe Since 18’S

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 23 jam yang lalu

Kopi Kanvas Seni Tyler Wong