web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Coklat ‘Hardware Tools’ Tarikan Kafe Since 18’S

Kebanyakan pelanggan yang berkunjung ke kafe ini membeli coklat tersebut untuk dijadikan hadiah istimewa hari perkahwinan, hari lahir, hari perayaan atau sebagai kejutan kepada seseorang.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2022 8:00AM

Siapa sangka semua perkakasan ini sebenarnya adalah kepingan coklat yang adalah snek istimewa dan menjadi identiti kafe tersebut sejak ia diperkenalkan tujuh tahun lepas - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengunjung yang kali pertama melangkah ke kafe SINCE 18'S di Taman Desa, Kuala Lumpur, pasti terpegun melihat beberapa alat seperti perengkuh (spanner), penukul dan skru disusun kemas di dalam peti sejuk pencuci mulut.

Namun, siapa sangka semua perkakasan itu sebenarnya adalah kepingan coklat yang adalah snek istimewa dan menjadi identiti kafe tersebut sejak ia diperkenalkan tujuh tahun lepas.

Selain coklat dengan pelbagai bentuk perkasasan pertukangan, turut dihasilkan coklat berupa alat solek seperti gincu, berus mekap, minyak wangi dan palet pembayang mata.

Pemilik kafe SINCE 18’S, Bridget Wong berkata inspirasi menghasilkan coklat berbentuk perkakasan tercetus ketika merantau selama enam bulan untuk menziarahi kakaknya yang bermastautin di United Kingdom (UK).

“Ketika di UK, saya mengambil peluang mengikuti kursus Barista kerana ingin belajar cara membancuh kopi dengan betul dan berhasrat membuka sebuah kafe apabila balik ke tanah air.

“Sepanjang berada di sana saya teruja melihat konsep masyarakat yang menjual coklat berupa  perkakasan ini ada di mana-mana restoran atau kafe sehingga menarik minat saya. Jadi, apa salahnya saya membawa konsep sama ke Malaysia,” katanya.

Bekas pekerja bank berusia 36 tahun itu berkata coklat yang dihasilkan bersama suami menggunakan acuan pelbagai reka bentuk dan memerlukan sehingga enam jam bagi menghasilkan kira-kira 20 kepingan coklat berupa perkakasan setiap hari.

“Coklat yang dihasilkan sepenuhnya daripada acuan tanpa menggunakan mesin, prosesnya lagi rumit dan perlu berhati-hati terutama ketika mengeluarkan coklat dari acuan, ia mungkin boleh patah bagi yang reka bentuk berisiko tinggi seperti playar dan gunting,” katanya.

Wong berkata kebanyakan pelanggan yang berkunjung ke kafenya membeli coklat tersebut untuk dijadikan hadiah istimewa hari perkahwinan, hari lahir, hari perayaan atau sebagai kejutan kepada seseorang.

“Harganya pula dijual antara RM15 hingga RM29 bergantung kepada jenis rupa bentuk coklat,” katanya dan menambah selain coklat, kafenya yang memiliki sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga menyediakan masakan tempatan dan barat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rampasan Dadah KL Meningkat 7 Kali Ganda

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Ayam Leher Panjang Disembelih Ikut Syarak’ - JAKIM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN