web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Takluk 7 Gunung Pada Usia 5 Tahun, Anas Mahu Jejak Puncak Kinabalu

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2023 9:24PM

Anas Ahmad Zulhisyam bersama cangkul kecilnya. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semangat luar biasa dan minat mendalam seorang kanak-kanak lelaki terhadap dunia pendakian mendorong Anas Ahmad Zulhisyam, 11, yang menghidap disleksia melakukan kerja-kerja membina laluan mendaki di lereng gunung.

Berbekalkan sebatang cangkul kecil, Anas mencuri tumpuan apabila sering mengikuti bapanya Zulhisyam Abd Rahim, 50, seorang pemandu arah sepenuh masa untuk mendaki gunung setiap kali cuti persekolahan.

Anas Ahmad menggunakan cangkul kecilnya untuk membina laluan mendaki di lereng gunung.
Anas Ahmad menggunakan cangkul kecilnya untuk membina laluan mendaki di lereng gunung.

Menurut Zulhisyam, anak istimewanya itu minat terhadap hutan sejak berumur dua tahun lagi, apabila sering dibawa bersamanya selepas Anas kematian ibunya ketika berumur 11 bulan.

Bercerita lanjut, Zulhisyam berkata, anak lelakinya itu pernah mencipta rekod tersendiri apabila berjaya mendaki tujuh gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia (G7) dalam tempoh setahun pada 2017 dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Kelantan ketika berusia lima tahun.

Rekod itu tercipta bermula dengan pendakian Gunung Yong Yap, Gunung Yong Belar, Gunung Korbu, Gunung Gayong dan Gunung Ulu Sepat di Perak, Gunung Chamah di Kelantan dan penutupnya di Gunung Tahan di Pahang.

Anas Ahmad ketika menemani bapanya,  Zulhisham Abd Rahim ‘merintis’ laluan baru gunung di sekitar Pahang.
Anas Ahmad ketika menemani bapanya, Zulhisham Abd Rahim ‘merintis’ laluan baru gunung di sekitar Pahang.

Selain mendaki, Anas juga tidak melepaskan peluang mengikuti Zulhisyam ‘merintis’ laluan-laluan baru gunung di sekitar Pahang.

Anak tunggalnya itu juga berhasrat untuk menakluki gunung tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu satu hari nanti.

Malah, beliau percaya dengan mendaki dapat membantu mengembangkan kesihatan fizikal dan mental Anas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Dyslexia Cafe MY Bantu Tingkat Kesedaran Tentang Disleksia

2

Jelajah 4 tahun yang lalu

Elanghovan, 64, Rakyat Malaysia Tertua Takluk Everest

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Dakwaan Bercuti Satu Fitnah, Kunjungan Atas Jemputan Rasmi - Hasanuddin

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN