Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Elanghovan, 64, Rakyat Malaysia Tertua Takluk Everest

N. Elanghovan, 64, menakluk gunung Everest pada bulan Mei lalu. Sebelum ini, rekod rakyat Malaysia tertua mendaki gunung tertinggi di dunia itu dipegang oleh Allahyarham Idris Said.

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2022 5:18PM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada 9.17 pagi waktu Nepal (11.32 pagi waktu Malaysia) pada 12 Mei, N. Elanghovan berdiri megah di puncak tertinggi dunia dengan perasaan gembira dan apa yang lebih membanggakan lagi, menjadi rakyat Malaysia tertua menakluk Gunung Everest.

Bagi pesara Tenaga Nasional Berhad berusia 64 tahun itu, ia adalah ‘satu misi terlaksana’ selepas menetapkan impian untuk menakluk gunung tertinggi di dunia itu, kerana hanya menjejakkan kaki di ‘Kem Induk’ Everest pada 2014.

“Berdiri di puncak dunia adalah suatu yang sukar untuk digambarkan. Kejayaan merealisasikan impian saya ini seperti ‘perasaan berada di puncak dunia’. Segala kerja keras dan pengorbanan yang dilakukan membuahkan hasil,” katanya yang lebih dikenali sebagai Elango, kepada Bernama.

Beliau dengan bangganya turut menunjukkan sijil bertarikh 14 Jun 2022, dikeluarkan Jabatan Pelancongan, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Penerbangan Awam Nepal, yang mengesahkan kejayaan pendakian ke puncak gunung setinggi 8,849 meter itu.

Gambar Bernama
Gambar Bernama

Elango telah mengemukakan permohonan agar pencapaiannya itu tercatat dalam Buku Rekod Malaysia (MBOR). Dalam jawapan e-mel bertarikh 21 Jun, MBOR memaklumkannya bahawa panel hakimnya telah memberi lampu hijau kepadanya, untuk disenaraikan sebagai rakyat Malaysia tertua berjaya mendaki Gunung Everest pada usia 64 tahun.

Sebelum ini, rekod bagi kategori tu dipegang Allahyarham Idris Said dari Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Idris merupakan ahli ekspedisi Persatuan Kembara Negara (PKN) Everest pada 2007 dan mencapai kejayaan itu pada usia 52 tahun. Beliau meninggal dunia pada 1 Jan 2017.

Elango merupakan anggota pasukan ekspedisi tiga orang yang termasuk T. Ravichandran, 57, lebih dikenali sebagai Ravi Everest. Pendaki ketiga dalam pasukan itu ialah warga India yang berpangkalan di Amerika Syarikat Sidharth Routray, 40. Ketiga-tiganya berjaya sampai ke puncak Everest.

Gambar Bernama
Gambar Bernama

Ditanya mengenai misi seterusnya, Elango berkata beliau merancang untuk menakluk G7 atau tujuh puncak di tujuh benua - dalam percubaannya untuk menakluk semua puncak tertinggi.

Dengan Everest di Asia dan Gunung Kilimanjaro di Afrika (5,895 meter) yang dilakukan pada Ogos 2016, Elango berhasrat untuk mendaki Gunung Aconcagua (6,961 meter) di Argentina, Amerika Selatan; Gunung Denali (6,194 meter) di Alaska, Amerika Utara; Gunung Elbrus (5,642 meter) di Rusia, Eropah; Gunung Vinson Massif (4,892 meter) di Antartika dan Gunung Kosciuszko (2,228 meter) di Australia. - Bernama

Isu Pada

Adibah Noor - Perginya Seorang Penghibur Yang Terlalu Istimewa

25 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Gempa Bumi Di Taiwan - Wisma Putra

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Pengeboman Di Bali: 2 Rakyat Malaysia Di Guantanamo Mengaku Bersubahat

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Dalam 2 Insiden Di Jepun

4

Semasa 3 bulan yang lalu

77 Rakyat Malaysia Ditahan Di Luar Negara Bagi Kesalahan Dadah - Bukit Aman

Sorotan

1

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

2

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

3

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

4

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

5

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

6

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran