web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Gempa Bumi Di Taiwan - Wisma Putra

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2024 4:30PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat gempa bumi yang melanda pantai timur Taiwan, hari ini, setakat jam 10 pagi tadi.

Bagaimanapun, Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya melalui Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei sedang memantau rapat perkembangan lanjut berhubung kejadian itu. 

"Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut. 

"Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan berhati-hati, selain mengikuti perkembangan terkini serta nasihat dikeluarkan pihak berkuasa tempatan. 

"Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dinasihatkan untuk menghubungi Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei melalui nombor telefon +886227132626," katanya. 

Menurut kenyataan itu, kejadian terbabit telah menyebabkan kerosakan harta benda serta mengakibatkan gangguan bekalan elektrik.  

"Malaysia merakamkan simpati kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat kejadian itu," katanya. 

Terdahulu, gempa bumi dengan kekuatan 7.2 magnitud dilaporkan melanda kawasan Pantai Timur Taiwan kira-kira jam 7.58 pagi tadi. 

Pengarah Pusat Seismologi Taipei, Wu Chien Fu ketika mengulas kejadian itu kepada media antarabangsa, memaklumkan gempa bumi tersebut adalah yang terkuat melanda negara berkenaan dalam tempoh 25 tahun. 

Gempa bumi itu dilaporkan memusnahkan banyak bangunan di Hualien yang juga bandar raya paling hampir dengan pusat gempa. 

Selain itu, gegarannya turut dirasai hingga ke kawasan pergunungan hingga mengakibatkan kejadian tanah runtuh.  

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan ringkas berkata, pusat gempa berkenaan berada pada kedudukan 23.7° Utara dan 122.0° Timur dengan kedalaman 47 km, sejauh 130km Tenggara dari Taichung, Taiwan.

Bagaimanapun, kenyataan itu menyebut, setakat ini, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Kali terakhir Taiwan dilanda gempa bumi kuat adalah pada 1999 apabila negara itu digegarkan gempa bumi berukuran 7.6 magnitud yang meragut 2,400 mangsa serta memusnahkan 5,000 bangunan. - Getaran 3 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Evakuasi Rakyat Malaysia Di Asia Barat Masuki Fasa Akhir 

2

Semasa 9 bulan yang lalu

‘Bebaskan Semua Aktivis Tanpa Syarat, Jamin Keselamatan Mereka’ - Wisma Putra

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rakyat Malaysia Ditahan Di Teluk Guantanamo Selamat Tiba Di Tanah Air - KPN

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar