Berita Terkini

18 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2021 3:39PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘George Clarke’s Remarkable Renovations’ (Aplikasi BBC Lifestyle dan YouTube Channel 4 Lifestyle) 

Buat anda yang menyukai rancangan TV berkisar pengubahsuaian rumah, siri yang berasal dari United Kingdom ini pasti akan menarik perhatian anda.

Setiap minggu pengacaranya George Clarke akan berkunjung ke pelbagai destinasi seluruh England dan akan mengunjungi pemilik rumah yang ingin mengubahsuai rumah mereka secara terperinci.

Hasilnya biasanya sangat mengagumkan dan kerap memberi inspirasi kepada yang mencari ilham untuk kediaman masing-masing.

Boleh ditonton di saluran BBC Lifestyle yang terdapat di ASTRO, Hypp TV, aplikasi BBC Lifestyle sendiri dan juga di saluran YouTube Channel 4 Lifestyle. - Shah Shamshiri

 

‘The King’s Affection’ (Netflix)

Sebuah lagi kisah romantik istana menjadi 'santapan' pencinta drama epik dari Korea Selatan.

Adaptasi komik berjudul Yeonmo oleh Lee So Young, drama ini mempertaruhkan Park Eun Bin dan Ro Won sebagai teraju utama dengan dibantu Nam Yoon Soo.

Jika mahu ‘cuci mata’, inilah drama sesuai untuk anda kerana ia menampilkan ramai bintang muda kacak sehingga menjadi bualan ramai.

Ia mengisahkan beban yang ditanggung puteri terbuang apabila terpaksa menggantikan posisi kembarnya iaitu putera mahkota yang mati dibunuh.

Hidup puteri itu tersisih sejak lahir apabila kehadirannya dikatakan membawa malang dan perlu dibunuh. Bagaimanapun, dia berjaya diselamatkan apabila bondanya mengarahkan pegawai paling dipercayai membawanya keluar dari istana. 

Hiduplah dia tanpa mengetahui asal usulnya sehinggalah takdir membawanya kembali ke istana bagi menggantikan tempat putera mahkota Lee Hwi yang dirahsiakan kematiannya.

Bagi mengelakkan identitinya terbongkar, puteri dibentuk menjadi putera mahkota yang dingin dan sukar didekati. 

Ikuti suka duka dilalui Lee Hwi bagi melindungi rahsia besar itu daripada dihidu pihak istana dan cinta pertamanya. Drama ini boleh ditonton menerusi platform Netflix. - Shakilawati Abd Rahman

 

‘Explained: Fairy Tales’ (Netflix)

Siri ‘Explained’ di Netflix kini sudah memasuki musim ketiga. Dalam episod terbaharunya siri ini, ia mengupas tentang kisah dongeng yang dibacakan turun-temurun kepada anak-anak di seluruh dunia.

Jadi, melalui episod ini kita akan didedahkan tentang perbezaan antara kisah dongeng, hikayat dan juga mitos. Kesemua perkara ini rupanya berbeza antara satu sama lain. 

Dalam episod ini juga turut mengupas bagaimana kisah seperti Cinderella misalnya mempunyai 300 versi berbeza mengikut tempat dan negara. Namun asasnya sama, wanita cantik yang teraniaya, magis, kasut dan seorang putera. 

Selain itu ia turut menceritakan asal-usul dongeng seperti Rapunzel yang sebenarnya ditulis tentang kanak-kanak tapi tidak sesuai didengar oleh mereka.

Karya itu kemudian dirombak dan diolah ceritanya agar ia sesuai dibacakan untuk kanak-kanak.

Akhirnya kita akan memahami bagaimana kisah dongeng ini sebenarnya menghubungkan semua orang merentas negara dan juga budaya. Indah! - Wafa Aula

 

Things Heard & Seen (Netflix)

Peminat filem thriller, misteri dan psikik, anda mesti tonton filem yang diterajui oleh Amanda Amanda Seyfried dan James Norton. Filem ini diadaptasi daripada novel berjudul All Things Cease to Appear karya Elizabeth Brundage.

Kisah bermula apabila pasangan muda George dan Catherine membuat keputusan meninggalkan kota New York ke kawasan luar bandar untuk membina kehidupan baru.

Biarpun Catherine berat hati, namun dia akur kerana yakin George berjaya menempatkan diri sebagai pensyarah di sebuah universiti ternama. 

Namun, satu persatu insiden berlaku dan ini membuatkan perhubungan pasangan ini semakin jauh. George mula berkelakuan pelik dan mencurigai tindak-tanduk Catherine yang mula berkawan dengan salah seorang pensyarah wanita.

Lebih parah, George menjalinkan hubungan sulit. 

Dalam masa yang sama, penonton juga diselubungi misteri apabila banyak kejadian ‘supernatural’ menghantui rumah pasangan ini. Semuanya punya kaitan dengan pemilik asal yang dikatakan telah membunuh isteri dan anaknya kerana cemburu.

Catherine turut menemui cincin yang dipercayai milik mangsa wanita. 

Ada kejutan menanti di penghujung cerita dan bersedialah untuk menyimpan geram! - Rahayu MN

 

‘Midnight Diner’ (Netflix) 

Ada sesuatu yang membuatkan siri ini menyejukkan hati. Adakah jenis-jenis hidangan yang dimasak oleh Master untuk pengunjung kedainya? Atau mungkin kisah-kisah hidup para pelanggan setia Master.

Siri Jepun yang diadaptasi dari manga dengan tajuk yang sama mengisahkan tentang Master, lelaki misteri yang membuka kedai makannya pada waktu malam hingga awal pagi. Waktu aneh untuk berniaga tetapi pelanggannya cukup ramai.

Menu asalnya tidak banyak tetapi dia boleh memasak apa sahaja yang pelanggannya mahukan, asalkan bahannya ada.

Setiap malam ada saja kisah yang dilontarkan dalam kedai makan kecil itu, ditemani hidangan-hidangan enak.

‘Midnight Diner’ juga ada versi Korea Selatan tetapi ia tidak mendapat sambutan sehebat versi Jepun ini. Wajib ditonton oleh mereka yang cintakan budaya dan makanan Jepun. - Ili Farhana - Getaran, 23 Oktober 2021

Isu Pada

Rizal Rasid – Tentang Kesihatan Mental

23 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

3

Filem & TV 3 bulan yang lalu

Pengarah, Pelakon W : Two Worlds Mohon Maaf Gara-Gara Adegan Bercium

4

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan