web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Tip Tampil Bergaya Kembali Ke Kampus

Minggu ini, Fara Azeerin berkongsi beberapa petua untuk anda bergaya kala kembali ke kampus.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Sep 2021 8:58AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Back to campus! Oktober ini, siap sedia untuk kembali ke kampus setelah sekian lama anda belajar secara online.

Kalau dulu, tak perlu fikir baju apa yang perlu digayakan di kelas. Tapi bermula bulan depan, nampaknya kena bangun lebih awal untuk gosok baju. 

Semester baharu, gaya pun kena baharu. Tibalah masa untuk anda bangkit dengan mood baru untuk kembali bergaya apabila melangkah ke kampus.

Bergaya dalam norma baru dengan mematuhi SOP yang ditetapkan. Yang penting nampak stylish dan trendy

Nak tahu cara bergaya di kampus? Mungkin anda mempunyai beberapa idea tentang apa yang anda suka tetapi tidak tahu bagaimana menterjemahkannya menjadi gaya harian anda.

Kehidupan kampus merupakan fasa paling menyeronokkan yang tidak dapat dilupakan dalam hidup. Selain mendapat rakan baru, ini adalah tempat di mana anda juga dapat membina atau memperbaharui gaya anda.

Anda dapat meneroka pelbagai gaya, idea dan inspirasi daripada pelbagai orang. Manalah tahu imej kemas, sopan dan trendy anda di kampus berjaya mencuri pandangan Si Dia? 

Sekiranya anda bukan peminat fesyen tetapi ingin mengemaskini cara berpakaian dan penampilan anda, maka artikel ini mahu kongsikan tip untuk berpakaian dengan baik serta membangkitkan keterujaan anda untuk melangkah ke dewan kuliah.

 

1. Simple look

Dalam kebanyakan kes, gaya ‘sempoi’ mampu membuatkan anda kelihatan hebat setiap hari berbanding pakaian yang mempunyai banyak lapisan.

Kemeja-t atau kemeja berwarna polos adalah bahan asas bagi pelajar yang yang sentiasa ingin mengejar masa untuk bersiap sedia ke kuliah.

Anda boleh memadankannya dengan jeans yang selesa jika anda tidak mahu menghabiskan banyak masa untuk memikirkan apa yang harus dipakai. 

Contohnya, sama ada anda pelajar lelaki atau wanita, anda boleh memadankan kemeja-t berkolar warna putih dan seluar jeans biru tua dengan kasut sneakers untuk penampilan sederhana tapi masih tampil stylish serta tidak kelihatan ketinggalan zaman.

Paling penting, anda masih mengikuti peraturan berpakaian yang telah ditetapkan oleh institusi pengajian anda.

 

2. Kenali bentuk badan anda

Pakaian yang kelihatan sesuai pada orang lain mungkin tidak sesuai pada tubuh anda.

Anda boleh membuat sedikit pembacaan untuk mengetahui jenis bentuk badan anda dan pakaian apa yang sesuai untuk jenis badan itu.

Beberapa jenis bentuk badan kelihatan sesuai memakai apa jenis gaya pakaian pun, manakala ada bentuk badan lain yang sangat sesuai untuk memakai pakaian yang longgar.

Perlu ingat, pilihlah pakaian yang tidak menjolok mata serta tidak menganggu perhatian rakan anda ketika berada di dalam bilik kuliah.

 

3. Pilih pakaian ikut tona warna kulit 

Sekiranya anda menghadapi kesukaran memilih warna untuk dipakai, anda boleh memadankannya dengan warna ‘selamat’.

Warna pakaian anda juga penting kerana dapat menentukan seberapa baik penampilan keseluruhan anda. 

Terdapat dua jenis tona warna kulit iaitu warna warm dan warna cool. Sekiranya anda adalah tona warna warm, warna terbaik selalunya merangkumi warna seperti hijau, coklat, kuning mustard dan merah.

Sekiranya anda dari tona warna cool, pilihlah warna yang lebih hangat, seperti olive, lilac, maroon dan hijau lumut.

Anda juga boleh menggunakan beberapa warna neutral yang lebih lembut seperti krim, kuning cair, kelabu dan cappuccino

Warna neutral biasanya berfungsi dengan baik dengan warna kulit tona warna warm. Pemilihan warna yang betul membantu anda untuk tampil hebat dan teruja ketika melangkah ke bilik kuliah. 

 

4. Membeli ikut bajet anda

Harus diingatkan bahawa anda masih belum masuk ke alam pekerjaan. Kewangan anda adalah 100% dari keluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu batas ketika berbelanja.

Walaupun mempunyai bajet yang kurang, anda masih boleh kelihatan stylish jika anda pandai menentukan gaya anda. Tidak semestinya menghabiskan wang di butik atau membeli jenama terkenal untuk tampil bergaya.

Yang mahal adalah kerana jenama. Anda boleh tolak dahulu mentaliti mengejar jenama berbanding gaya.

Terdapat banyak kedai, termasuk kedai dalam talian, bundle, pre-loved di mana anda boleh mendapatkan pakaian berkualiti tinggi dan mampu kekal bergaya.

 

5. Rujuk portal, majalah dan Instagram

Walaupun anda bukan pelajar jurusan fesyen, tidak salah untuk cuba ambil tahu trend fesyen semasa. Antara cara untuk mengikuti trend fesyen terkini adalah dengan membaca blog fesyen atau majalah fesyen.

Laman web seperti Pinterest juga sangat membantu jika anda tidak tahu di mana untuk mula mencari. Pilih gaya yang bersesuaian dengan diri anda ya, bukan gaya untuk menjadi orang lain. - Getaran, 25 September 2021

Semua gambar hiasan: Pexels

Isu Pada

Sisi Tersembunyi Daiyan Trisha

25 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 6 hari yang lalu

Pos Malaysia, Perhilitan Perkenal Setem Khas Burung Bayan Malaysia

2

Gaya 2 minggu yang lalu

Rumah Kecil, Banyak Fungsi, Kenapa Rakyat Malaysia Kini Cari Perabot Fleksibel

3

Gaya 1 bulan yang lalu

Ulang Tahun Ke-30 IKEA Malaysia: Membina Ruang, Mengukir Kenangan Bersama Rakyat Malaysia

4

Gaya 1 bulan yang lalu

ICE-WATCH Malaysia Perkenal Bewatch Chrono, Jam Tangan Maskulin Untuk Gaya Hidup Moden

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini