Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Perihal 3 ‘Ki’: Rezeki, Baki dan Dengki

Editor Gaya Hidup & Hiburan Getaran berkongsi pendapatnya tentang penerimaan manusia terhadap rezeki, baki yang tinggal dan sikap hasad dengki.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2021 8:50AM

Gambar: Elaine Casap, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seperti kebanyakan karangan yang saya nukilkan (tidak kiralah di dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris), hampir kesemuanya tercetus dari sesuatu yang sedang atau pernah saya lihat dan dengar. Di zaman serba moden ini, ia sering juga terhasil gara-gara sesuatu yang saya mungkin ternampak di laman-laman media sosial.  Dan kadangkala sesuatu yang saya sendiri alami.

Untuk kali ini, saya tergerak untuk menulis tentang tiga perkara yang berhujung dengan ‘ki’. Ki ki ki. Tiga ‘Ki’ iaitu rezeki, baki dan dengki. Saya ingin mulakan dengan rezeki kerana ia sesuatu yang mudah difahami, khasnya bagi majoriti rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang beragama Islam. Ia satu perkataan yang kerap sangat digunakan di Malaysia. 'Rezeki' menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud segala sesuatu yang diperlukan untuk hidup; makanan atau segala yang diperlukan sehari-hari. Setelah bekerja hampir 21 tahun, pemahaman saya tentang rezeki kini sudah tentulah lebih luas dari dahulu.

Saya tidak tahu jika semua orang bersetuju dengan konsep dan definisi rezeki, tetapi saya sebagai seseorang yang mempercayai dan yakin dengan pegangan agama saya, tidak pernah was-was dengan terma ‘rezeki’ ini. Saya diajar bahawa ia adalah pemberian Tuhan yang sudah ditetapkan dan jika ia memang sudah ditakdirkan buat kita, ia akan menjadi milik kita bagaimana senang atau susah pun keadaan hidup ini. Namun seperti saya katakan tadi, mungkin ada yang tidak setuju dengan ajaran ini.

Saya mempunyai ramai teman yang berbeza kepercayaan atau agama dan mereka mengatakan bahawa rezeki dalam bentuk anugerah yang sudah ditakdirkan tidak masuk akal. Kata teman-teman saya ini, rezeki hanya akan datang kalau kita berusaha. Jika tiada sebarang usaha, maka samarlah kelibat rezeki. 

Mungkin kawan saya itu dan manusia-manusia lain yang sealiran dengannya tidak tahu bahawa agama saya juga mengajar kita untuk berusaha, kerana biarpun sesuatu rezeki itu sudah disuratkan, namun Tuhan menuntut kita semua untuk berusaha. Ada Qada’ dan Qadar yang diajar dalam agama Islam. For every action there is an equal and opposite reaction. Ayat Bahasa Inggeris itu bermaksud untuk setiap perbuatan ada tindak balas yang setimpal dan berlawanan. Begitulah rezeki. Kita semua berusaha untuk mendapatkannya, namun kadangkala segala usaha yang kita lakukan masih tidak dapat memberikan pulangan yang kita harapkan.

Itulah yang sering membuat ramai orang kadang-kadang kecewa atau putus asa. Ya, memang mudah untuk berkata-kata tetapi tidak mudah untuk melaluinya. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul kata pepatah Melayu.

Secara peribadi kami yang bekerja di dalam bidang media, sudah mengerti keadaan ini kerana bidang kami yang paling banyak mengalami cubaan perihal rezeki. Bertahun lamanya sebelum wabak COVID-19 melanda, kawan-kawan seperjuangan saya ramai yang diberhentikan kerja atau terpaksa mencari kerja baharu kerana kejatuhan era media cetak. Malah walaupun ada yang cuba berpindah ke wadah digital, tetapi masih gagal bertahan jua.

Syarikat penerbitan media yang sudah lama bertahan pun boleh tutup, inikan pula syarikat yang lebih kecil dan baru mahu bertatih. Gara-gara itu macam-macamlah yang perlu dilakukan oleh rakan-rakan kami yang kehilangan mata pencarian tetap di bidang media ini.

Biarpun sesuatu rezeki itu sudah disuratkan, namun Tuhan menuntut kita semua untuk berusaha

Ada yang mula berniaga, ada yang mencari peluang kerja secara bebas dan ramai terpaksa melakukan kerja-kerja lain yang sama sekali tidak ada kena-mengena dengan kepakaran mereka, demi mencari rezeki.

Kala melihat status media sosial kawan-kawan saya yang terpaksa beralih arah ini, saya tumpang simpati. Saya tahu pasti susah untuk mereka beradaptasi. Lebih-lebih lagi buat yang ada tanggungan dan keluarga. Sudah tentu mereka risaukan kehidupan mereka. Dari mana akan datang punca rezeki seterusnya? Pada siapa mereka harus bergantung?

Oleh kerana jawapan pertanyaan-pertanyaan itu masih kabur, apa yang mampu saya dan rakan-rakan lain lakukan? Selain mendoakan yang terbaik buat mereka, sudah tentulah kami doakan supaya rezeki mereka ditambahkan dan dilimpahkan. Kalau ada terdengar tentang peluang pekerjaan atau pun sumber rezeki yang lain, saya pasti akan kongsikan.

Namun dalam pada kita memburu rezeki ini dan berfikir kebanyakan orang reda dan pasrah dengan ketentuan Tuhan, masih ada segelintir sebenarnya yang seolah-olah tidak mampu menerima kondisi yang dialami. Ada yang tetap mahu menyalahkan orang lain walaupun sedar bahawa ia adalah takdir yang tertulis. 

Sekali lagi, saya tak mampu meyakinkan orang lain untuk mempercayai benda yang sama seperti saya tetapi saya kerap menganggap orang lain sekurang-kurangnya mampu mengerti keadaan yang terjadi. Bukan semua di dalam kawalan kita. Kita hanya mampu merancang namun Tuhan yang tentukan. Saya bernasib baik rezeki saya dipanjangkan dan terus dimurahkan oleh Yang Esa. Namun saya tahu dan terima bahawa ini rezeki saya sekarang. Masa depan nanti, siapa yang tahu? 

Sungguhpun begitu, jarang sekali rezeki yang diberi Tuhan diputuskan secara keseluruhan. Biasanya masih ada sisa atau ‘baki’ yang Tuhan tinggalkan. Dengan baki yang tinggal inilah kita harus bijak menggunakannya demi meneruskan kehidupan.

Orang Melayu memang terkenal dengan sikap suka menyihir dan membomoh. Ya, ia sudah menjadi satu stigma sosial.

Sayang sekali biarpun berbaki sedikit sahaja rezeki, masih ada sahaja yang dengkikan kejayaan atau kesenangan kita. Itulah yang paling menyedihkan dalam masyarakat masa kini khasnya di kalangan bangsa Melayu. 

Hasad dengki dan cemburu boleh membawa manusia untuk melakukan pelbagai perkara. Orang Melayu memang terkenal dengan sikap suka menyihir dan membomoh. Ya, ia sudah menjadi satu stigma sosial. Setiap kali ada yang terkena gangguan makhluk halus, puncanya (biasanya) pasti dari orang berbangsa Melayu.

Sebagai seseorang yang berbangsa Melayu saya tidak faham kenapa sikap dengki ini boleh sampai ke tahap itu. Apatah lagi sebagai seorang Muslim, saya tahu ia dosa yang besar. Tapi itulah kenyataan hidup masa kini. Semoden apa pun, secanggih mana pun peradaban dunia, perkara syirik dan tahyul tetap berlaku. Lebih menyedihkan, yang melakukannya bukan orang yang dianggap kolot atau yang tinggal di ceruk kampung. Dalangnya biasanya yang berpendidikan tinggi dan hidup di kota. Namun mereka ada sahaja cara ‘kotor’ untuk menjatuhkan orang lain.

Kalau yang berpegang pada agama pasti bertanya, tidakkah mereka takut akan balasan Tuhan? Tetapi seperti yang saya katakan, barangkali tak semua mempunyai kepercayaan yang sama, lantas tidak pedulikan semua itu.

Buat seorang teman artis yang sedang melalui beban ini, saya doakan semoga Tuhan mengeluarkannya dari masalah ini dan memulihkan hidupnya seperti sediakala. Buat si tukang sihir, saya harap dosa anda akan diampunkan kerana saya pernah mendengar kisah benar dari seseorang yang disihir, di mana akhirnya orang yang melakukan dosa itu akhirnya menerima padah kala sihir itu memakan diri sendiri.

Jadi marilah kita sama-sama berusaha dalam mencari rezeki. Andai sedikit sahaja baki yang tinggal janganlah kita berputus asa. Ingat, ada orang yang jauh lebih susah daripada kita. Pada waktu yang sama, berhati-hatilah dalam mencari rezeki ini. Rambut sama hitam tapi hati siapa yang tahu? Saya doakan anda semua dimurahkan rezeki dan dijauhkan dengki. - Getaran, 21 Februari 2021

Isu Pada

Nabila Razali

20 Feb 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Refleksi 3 minggu yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah