Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Volkswagen Tiguan AllSpace 2.0L 4Motion R-Line – Bukan Sekadar SUV!

Baca ulasan lanjut mengenai Volkswagen Tiguan AllSpace 2.0L 4Motion R-Line dari Shazreeq Alhadi.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2021 8:58AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saya kurang meminati kenderaan jenis SUV (kenderaan utiliti sukan). Saya seorang kaki lenjan yang sentiasa inginkan kepantasan serta kuasa dari enjin.

Amat jarang sekali sejenis SUV didatangkan dengan enjin berprestasi tinggi kecuali jenama-jenama premium dan harga sangat tidak mampu milik kepada rakyat marhaen.

Persepsi saya ternyata berubah selepas Volkswagen melancarkan Volkswagen Tiguan AllSpace 2.0L 4Motion R-Line pada tahun lepas.

Perasaan teruja kian membara selepas mengetahui enjin yang sama digunakan pada VW Golf MK7.5 Gti, enjin yang sangat berprestasi tinggi. 

Untuk pemahaman yang mudah, Tiguan AllSpace adalah versi yang sedikit lebih besar daripada Tiguan yang biasa dan boleh memuatkan tujuh penumpang berbanding hanya lima.

Dari sudut saiz dan ukuran, model baharu ini 215mm lebih panjang berbanding Tiguan biasa dengan ukuran 4,701mm, 106mm tambahan bagi jarak antara rodanya yang kini 2,787mm.

Ia juga 26mm lebih tinggi dengan ukuran 1,674mm, tetapi saiz kelebaran antara keduanya kekal sama 1,839mm. Atas ihsan daripada kenalan, saya berkesempatan untuk memandu uji. 

 

PRESTASI & PEMANDUAN

Tiguan AllSpace 2.0L 4Motion R-Line hadir dengan enjin 2.0L turbocas. Unitnya menghasilkan 220 PS dari 4,500 hingga 6,200rpm dan 350Nm tork dari 1,500 hingga 4,400rpm.

Bagi saya sendiri, jentera ini sangat berkuasa. Daya pecutan yang dimiliki amat memberangsangkan. Kawalan pemanduan sangat menakjubkan dengan adanya panduan kesemua roda dengan padanan kotak gear tujuh kelajuan DSG.

Identiti pemanduan kereta Eropah kekal, seperti memandu jenama-jenama lebih premium. Ia juga dilengkapi dengan empat mod pemanduan-- Comfort, Normal, Individual dan Off-Road.

Pecutan dari 0 hingga 100km/j dengan hanya 6.8 saat adalah sesuatu yang menarik untuk kenderaan jenis SUV ini.

Mengambil kenderaan sendiri, VW Passat B8 1.8 TSI sebagai pengukur, saya merasakan Tiguan AllSpace 2.0L 4Motion R-Line ini bukanlah seperti sebuah SUV, ia seperti kereta berprestasi tinggi.

Kuasa yang dijana oleh enjin empat silinder ini mampu memudahkan anda untuk memotong dengan lebih efisyen. Sistem suspensi yang lembut juga (DCC) membantu meningkatkan prestasi pemanduan.

Gabungan suspensi MacPherson Strut (depan) dan Multilink (belakang) memberi kelebihan dalam pemanduan lebih-lebih lagi dengan penggunaan tayar Pirelli Scorpion Verde bersaiz 255/45R19.

Untuk penggunaan petrol pula, ianya serendah 8.7 liter/100 km (mengikut risalah yang diberikan). 

 

KESELAMATAN

Dari segi keselamatan, Tiguan AllSpace 2.0L 4Motion R-Line dilengkapi dengan ciri-ciri standard. Enam beg udara memberi jaminan keselamatan pemandu dan penumpang.

Sistem pemanduan autocruise juga turut hadir dengan had kelajuan. Sistem-sistem lain terdapat dalam segmen keselamatan adalah Anti-lock Brake System (ABS) dengan Brake Assist (BA), sistem Anti-theft alarm dengan immobiliser, perlindungan towing dan pemerhatian dalaman, Driver Alert System, Electronic Stability Control (ESC), Engine Drag Torque Control (EDTC), ISOFIX kerusi kanak-kanak, sistem brek Multi-collision dan Traction control (ASR) dengan Electronic differential lock (EDL).

Selain daripada itu, terdapat satu ciri istimewa yang didatangkan khas, Hill Descent Control (HDC). HDC ini sememangnya sangat penting untuk pemanduan Off-road. 

 

KABIN

Saya tidak mempunyai masalah untuk duduk dengan selesa di kerusi pemandu walaupun saya seorang yang bersaiz agak besar.

Ruang kabin amat selesa dengan balutan kulit Vienna pada kerusi serta stereng dan sentuhan futuristik menambahkan kehebatan reka bentuk kabin.

Saya juga begitu teruja dengan lencana R-Line yang didatangkan pada tempat duduk dan stereng. Tempat duduk hadapan dikawal secara elektrik 12-cara.

Selain daripada itu, ia juga dilengkapi Digital Cockpit bersaiz 11.7-inci dengan paparan colour thin-film transistor (TFT) HD dengan pelbagai fungsi dan ciri dalam paparan grafik 2D dan 3D untuk navigasi serta media.

Skrin dengan enam pandangan boleh ubah menawarkan sudut Personalization hebat dengan lebih 30 pilihan kombinasi. Bukan itu sahaja, selain Digital Cockpit yang hebat, jentera ini juga dilengkapi sistem infotainment navigasi Discover Pro bersaiz 9.2-inci yang mudah dikawal.

Ia turut dilengkapi plug-in App Connect bagi Apple Carplay, Android Auto dan Mirrorlink yang lengkap dengan kawalan suara dan sentuhan. Kehebatan SUV ini terletak kepada kebolehan mengubahsuai tempat duduk.

Dengan kedudukan semua tujuh tempat duduk menegak, ia menawarkan 230 liter ruang kargo, tetapi jika barisan tempat duduk ketiga dibaringkan, ia boleh diluaskan sehingga 700 liter. Dan jika barisan tempat duduk kedua juga dibaringkan, secara jumlahnya mampu mencapai 1,775 liter bagi ruang but.

Di bahagian belakang pula, kemudahan seperti Air-Cond Blower dan Charging Port sudah pasti memberikan penumpang pengalaman yang berbeza.

 

REKA BENTUK

Ini adalah sesuatu yang subjektif. Menurut pendapat saya, reka bentuk Tiguan AllSpace 2.0L 4Motion R-Line sangat moden dan gagah.

Seperti yang saya sudah maklumkan di atas (Panjang:4,701mm, Jarak chasis: 2,787mm, Tinggi: 1,674mm dan Lebar: 1,839mm) saiz dan ukuran ini sangat praktikal untuk kereta harian dan juga untuk kegunaan rekreasi.

Gaya dan rupa sporty terserlah dengan penggunaan bumper hadapan dan belakang edisi R-Line, ditambah lagi dengan kehadiran twin exhaust serta spoiler belakang.

SUV ini bertambah elegan dengan penampilan lampu utama dan lampu belakang LED.

Harga ditawarkan adalah RM 209,637.39 atas jalan (tanpa insurans). Warna-warna yang ditawarkan: Silk Blue, Pure White, Pyrite Silver, Platinum Grey dan Deep Black. Untuk lebih info, layari https://www.volkswagen.com.my/


Gambar: Ihsan Volkswagen.com.my

Isu Pada

Aspirasi Deborah Henry, Marsha Londoh Dan Douglas Lim

28 Aug 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Reka Bentuk Futuristik, Gamit Peminat Mercedes

2

TARA 10 bulan yang lalu

Kereta Klasik Beetle, Van Kombi Volkswagen Kini Koleksi Berharga

3

Teknovasi 1 tahun yang lalu

Honda Malaysia Rancang Lancar 4 Model Baharu Pada 2023

4

TARA 1 tahun yang lalu

Nissan Akan Jual Kilang Selepas Memilih Untuk Keluar Dari Pasaran Rusia

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini