web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Honda Malaysia Rancang Lancar 4 Model Baharu Pada 2023

Honda Malaysia juga akan memantapkan lagi teknologi hibrid yang diperkenalkannya di pasaran Malaysia 19 tahun lalu.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2023 4:00PM

Honda Malaysia merancang untuk melancarkan empat model baharu tahun ini yang termasuk tiga model serba baharu serta satu model yang diberikan wajah baharu - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Honda Malaysia merancang untuk melancarkan empat model baharu tahun ini yang termasuk tiga model serba baharu serta satu model yang diberikan wajah baharu. 

Satu daripada model yang bakal diperkenalkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) kecil pertama Honda yang dirancang dilancarkan pada suku ketiga 2023, kata presiden merangkap ketua pegawai operasinya, Sarly Adle Sarkum.

“Selepas dilancarkan kelak, Honda Malaysia akan menjadi pengeluar kereta Jepun pertama memasuki segmen SUV kecil,” katanya pada satu taklimat media baru-baru ini, sambil menambah syarikat itu menetapkan sasaran jualan sebanyak 80,000 unit dengan 12.3 peratus bahagian pasaran bagi keretanya pada 2023.

SUV kecil itu yang dilengkapi dengan pakej reka bentuk dinamik, teknologi canggih, penggunaan praktikal yang lebih selesa, disasarkan kepada golongan profesional muda dan keluarga yang gemar melakukan aktiviti luar serta mengembara menaiki kereta. 

“Honda Malaysia berusaha untuk meningkatkan momentumnya tahun ini menerusi pelancaran model baharu dan aktiviti pemasaran. 

“Bagi mengukuhkan lagi identiti teras dan kehadiran jenama dalam industri, kami menumpu untuk memanfaatkan tiga tonggak utama bagi model kami, iaitu, teknologi canggih, penawaran premium dan daya tarikan sporty (bergaya),” katanya

 

Teknologi hibrid

Honda Malaysia juga akan memantapkan lagi teknologi hibrid yang diperkenalkannya di pasaran Malaysia 19 tahun lalu. 

“Sejak itu teknologi hibrid telah berkembang pesat bermula dengan Integrated Motor Assist (IMA), diikuti oleh Sport Hybrid intelligent Dual-Clutch Drive (i-DCD), dan kini kami melangkah setapak lagi kehadapan dengan teknologi kenderaan elektrik hibrid (e:HEV).

“Elektrifikasi (pengelektrikan) adalah trend global dan masa depan mobiliti bagi industri automotif. Oleh itu, Honda juga meningkatkan usaha pembangunan kenderaan elektriknya (EV). 

Sarly berkata syarikat itu mahu memastikan keperluan rakyat Malaysia dipenuhi dengan teknologi paling praktikal dan relevan sebelum menerima guna kenderaan elektrik sepenuhnya.

Sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menambah baik keselesaan pelanggan, Honda Malaysia akan memperkenalkan Pit Stop 2S (Servis dan Alat-Alat Ganti) dan meningkatkan aktiviti selepas jualannya bagi menampung permintaan daripada pelanggan sedia ada dan yang berpotensi, katanya. 

Tahun lepas, Honda Malaysia mencatatkan jualan sebanyak 80,290 unit, yang mana merupakan kenaikan 51 peratus daripada jualan yang direkodkan pada 2021 dan menyumbang 11.1 peratus daripada jumlah keseluruhan jualan industri pada tahun ini.  - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Aliran Trafik Lancar Di Lebuhraya Utama

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Reka Bentuk Futuristik, Gamit Peminat Mercedes

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Agong Zahir Penghargaan Kepada Arab Saudi Berjaya Urus 2 Juta Jemaah Haji

4

Semasa 3 tahun yang lalu

PDRM Laksana Op Lancar, Op Selamat Sempena Aidilfitri

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 14 jam yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN