web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PDRM Laksana Op Lancar, Op Selamat Sempena Aidilfitri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2023 3:09PM

Op Lancar dan Op Selamat dilaksanakan demi memastikan kelancaran trafik dan mencegah jenayah pecah rumah sempena Hari Raya Aidilfitri - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Op Lancar dan Op Selamat bermula minggu hadapan. 

Operasi itu dilaksanakan demi memastikan kelancaran trafik dan mencegah jenayah pecah rumah sempena Hari Raya Aidilfitri. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Op Lancar yang akan dilaksanakan bermula 18 dan 19 April ini memfokus kepada laluan yang dijangka mengalami kesesakan.

Menurut beliau, Op Selamat pula akan dimulakan  20 April depan selama tujuh hari dengan bertemakan ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’.

"PDRM menggerakkan seluruh jentera membabitkan kereta peronda (MPV), unit rondaan bermotosikal (URB), rondaan bit, risikan dan operasi yang akan digerakkan secara sistematik.

“PDRM turut bekerjasama dengan Jabatan Sukarelawan Rakyat Malaysia (RELA) dalam usaha mengurangkan kesesakan trafik terutama di jalan-jalan negeri dan perbandaran," katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Acryl Sani berkata, fokus utama operasi tersebut adalah untuk memastikan aliran trafik lancar, meminimumkan kemalangan dan memberi jaminan keselamatan harta benda serta premis kediaman. 

Pada masa sama, jelasnya, ia juga mampu menurunkan kadar jenayah pecah rumah semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba, tidak lama lagi. 

"Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) akan memberi tumpuan bagi mengurangkan kadar jenayah harta benda. 

"Mereka akan menggunakan segala elemen yang ada, iaitu Unit Kereta Peronda (MPV), Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan rondaan bit di taman perumahan, premis perniagaan, dan pusat ibadat," katanya. 

Acryl Sani turut memaklumkan, pemantauan dari udara menggunakan dron oleh Pasukan Gerakan Udara (PGU) akan dijalankan bagi memantau lokasi panas yang sering berlaku kesesakan.

“Informasi hasil pemantauan udara akan disalurkan kepada elemen di lapangan untuk tindakan penyuraian trafik.

“PDRM menasihatkan pengguna jalan raya bertimbang rasa dalam pergerakan, sentiasa berhemah, berhati-hati, dan fokus dalam pemanduan agar Aidilfitri dapat disambut dalam kesejahteraan,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menyeru pengguna jalan raya agar sentiasa peka dengan maklumat trafik terkini menerusi saluran rasmi Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dan pihak konsesi lebuh raya.

“Pengguna jalan raya boleh bersama menyalurkan sebarang maklumat berkaitan pesalah trafik yang melanggar undang-undang melalui rakaman video atau gambar agar tindakan dapat diambil,” katanya.- Getaran, 15 April 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Hilang 2 Minggu, Jaslinda Akhirnya Ditemui Selamat

2

Semasa 3 bulan yang lalu

6 Sekeluarga Dilaporkan Hilang Disahkan Selamat - Polis

3

Kolum 4 bulan yang lalu

Hari Raya Aidil Fitri: Melangkaui Toleransi — Seruan Untuk Penerimaan

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad