web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KDA FC Raih 3 Mata Tewaskan Penang FC Di Alor Setar

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2021 7:51AM

Kipre menjaringkan gol ketiga Kedah malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mencatatkan kemenangan bergaya ke atas Penang FC dengan jaringan 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, di sini, malam tadi.

Kedah yang tewas kepada Selangor FC 4-2 juga di Stadium Darul Aman Jumaat lepas, mempamerkan persembahan yang lebih bertenaga pada perlawanan kali ini apabila berjaya menjaringkan gol pertama seawal minit ke-16.

Gol pertama Kedah itu dijaringkan penyerang import, Tchetche Hermain Brice Kipre yang merembat masuk bola ke gawang lawan selepas memperdayakan beberapa pemain pertahanan pasukan pelawat di kawasan luar kotak penalti.

Kedah yang dalam misi memburu kemenangan terus menggandakan asakan dan berhasil memperolehi gol kedua pada minit ke-22 hasil rembatan deras kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar yang menerima hantaran lintang Kipre di sebelah kiri gol pasukan pelawat.

Kipre terus memberi tekanan kepada Penang FC apabila berjaya meledak gol ketiga pasukannya pada minit ke-38 selepas berjaya mengatasi halangan pemain pertahanan lawan.

Tersentak dengan jaringan itu, Penang FC yang tidak berputus asa cuba mencari rentak dengan mengasak kubu tuan rumah dan berjaya memperolehi gol pertama pada minit ke-43 menerusi David William Rowley yang menguis masuk bola ke gawang Kedah menewaskan penjaga gol Mohd Ifwat Akmal Che Kassim.

Bersambung babak kedua, Kedah lebih banyak menguasai permainan dan berjaya menambah gol keempat menerusi Kpah Sean Sherman yang menerima bola lintang Mohd Rizal Mohd Ghazali pada minit ke-54.

Kedah yang dikendalikan ketua jurulatih dari Singapura, Aidil Sharin Shahak berjaya mengekalkan kedudukan 4-1 sehingga tamat permainan sekali gus meraih tiga mata berharga. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: KL City Belasah Skuad Muda Kedah 5-0

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad