web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Status MotoGP Malaysia 2021 Diumum Hujung Bulan Ini

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2021 5:42PM

Litar Antarabangsa Sepang - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Status penganjuran perlumbaan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) Malaysia 2021 yang dijadual di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 22 hingga 24 Okt depan, akan diumumkan akhir bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif berkata, pihaknya mengambil maklum situasi terkini pandemik COVID-19 dan masih mengadakan perbincangan bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), untuk mencapai kata putus mengenai status penganjuran perlumbaan itu.

Katanya sebelum ini SIC sudah membentangkan kepada KKM dan MKN cadangan prosedur operasi standard (SOP), yang akan diambil sekiranya dapat meneruskan perlumbaan tersebut.

Beliau berkata, SIC juga akan mengadakan perbincangan lebih lanjut bersama Dorna Sports selaku pemegang hak eksklusif komersial dan hak siaran MotoGP, bagi memberikan keputusan muktamad mengenai penganjuran MotoGP Malaysia 2021.

“Kita memang mahu penganjuran diteruskan tetapi disebabkan kekangan situasi semasa, KKM letak syarat agak ketat untuk membendung kes COVID-19 supaya tidak meningkat, jadi mereka (Dorna Sports) perlu ikuti apa ditetapkan KKM,” katanya pada sidang maya secara maya hari ini.

Julai lepas, MotoGP Malaysia 2021 yang dijadual pada 29-31 Okt depan, diubah seminggu lebih awal berikutan pembatalan GP Australia untuk musim kedua berturut-turut.

MotoGP Australia di Litar Phillip Island itu sepatutnya berlangsung dari 22-24 Okt, tetapi dibatalkan susulan sekatan perjalanan masuk ke negara berkenaan dan masalah logistik akibat pandemik COVID-19.

Penganjuran MotoGP Malaysia 2020 yang dijadual berlangsung 30 Oktober hingga 1 November tahun lepas juga dibatalkan ekoran pandemik COVID-19. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Anggota Polis Meninggal Dunia Selepas Jalani Aktiviti Berkawad

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penuntut Universiti Swasta Ditahan Disyaki Tikam Wanita

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar