web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selangor FC II Rencat Misi Sarawak United

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2021 8:26AM

T Saravanan (kiri) meraikan gol bersama rakan sepasukan. - Gambar dari Facebook Selangor FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sarawak United terlepas peluang merampas kedudukan Liga Premier apabila mencatat keputusan seri 1-1 dengan Selangor FC II pada aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras malam tadi.

Satu mata dikutip Sarawak United menyaksikan mereka kekal di tangga ketiga berkongsi 28 mata bersama Terengganu FC II di kedudukan kedua, dengan mengekori rapat Negeri Sembilan FC yang menerajui takhta liga dengan 29 mata.

Pada aksi tersebut, kedua-dua pasukan memulakan perlawanan dengan baik apabila saling berbalas serangan, dengan kedua-dua barisan pertahanan pasukan dipaksa bekerja keras menangkis percubaan ke arah pintu gol.

Selangor FC II yang gagal mencatat kemenangan dalam dua aksi terakhir hampir membuka jaringan pada minit ke-19, namun percubaan rembatan deras pemain tengah import Alexander Agyarkwa Ameyaw terkena tiang.

Tersentak dengan serangan itu, Sarawak United pantas melancarkan gerakan balas sebelum penyerang import dari Korea Selatan Lee Chang-hoon terlepas peluang keemasan meledak gol pembukaan apabila rembatan ‘first timer’ dari luar kotak penalti sedikit melewati palang gol Selangor FC II.

Selepas 45 minit pertama berakhir tanpa jaringan, Selangor FC II memulakan babak kedua dengan bergaya menerusi jaringan T Saravanan pada minit ke-49 dan berjaya mempertahankan kedudukan hingga ke penghujung babak permainan.

Penjaga gol Selangor FC II Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman wajar diberi pujian apabila bertindak berani dan cemerlang menidakkan beberapa percubaan berbahaya pasukan lawan dalam usaha memastikan gawang dari dibolosi.

Bagaimanapun, sedikit kealpaan barisan pertahanan membawa padah apabila Sarawak United bijak menghidu ruang untuk meledak gol penyamaan hasil percubaan pemain gantian Abdul Rahim Abdul Razak pada minit ke-87 yang menerima lorongan rakan sepasukan dari luar kotak penalti.

Keputusan malam tadi menyaksikan kedua-dua pasukan sekali lagi terpaksa berpuas hati mengutip satu mata selepas mencatat keputusan sama pada aksi pusingan pertama liga, bulan lepas.

Selangor FC II kini menduduki tangga kelima liga dengan mengumpul 22 mata selepas mengharungi 16 perlawanan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad