web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pandelela Layak Ke Separuh Akhir, Cabaran Jun Hoong Berakhir

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2021 6:21PM

Jun Hoong gagal melayakkan diri ke pusingan separuh akhir. - Gambar dari AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Bukan satu permulaan yang baik bagi kedua-dua penerjun negara dalam acara 10 meter (m) platform wanita, apabila Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong gagal mempamerkan prestasi konsisten pada pusingan awal Olimpik Tokyo, hari ini.

Bagaimanapun, Pandelela layak ke peringkat separuh akhir selepas menduduki tempat ke-18 dengan 284.90 mata, manakala Jun Hoong terkandas selepas hanya menduduki tempat ke-26 dengan 251.80 mata.

Pandelela, 28, yang pemenang pingat emas pada Piala Dunia 2021 di venue yang sama pada Mei, bermula baik dengan menduduki tempat keempat dengan 72.0 mata, namun gagal mengekalkan momentumnya apabila hanya mencatatkan 69.90 pada terjunan kedua dan 52.90 mata pada terjunan ketiga.

Keadaan menjadi lebih buruk lagi, apabila Pandelela melakukan kesilapan pada terjunan keempat, dan hanya mendapat 28.80 mata, sebelum berjaya mencatatkan 70.40 mata pada terjunan terakhir dan kembali menduduki tempat ke-18 terbaik.

Namun bagi Juara Dunia 2017 Jun Hoong, persembahan yang kurang baik pada dua terjunan pertama menyebabkan peluangnya ke separuh akhir tertutup dan menamatkan cabaran atlet berusia 31 tahun itu di Olimpik ketiganya sejak Olimpik London 2012.

Selepas catatan rendah dengan 36.0 dan 34.80 pada dua terjunan pertamanya itu, beliau memperbaiki terjunan ketiga hingga kelima dengan 56.7 mata, 65.80 mata dan 57.6 mata, namun ia tidak mencukupi bagi membolehkan beliau berada pada 18 penerjun terbaik.

Menepati ramalan, atlet China Chen Yixu (390.70 mata) dan Quan Hongchan (364.45) mengungguli acara itu di dua tempat teratas, manakala penerjun Amerika Syarikat Delaney Schnell (360.75) ketiga.

18 penerjun terbaik akan bertanding pada separuh akhir pada 10 pagi waktu tempatan (9 pagi waktu Malaysia) esok, sebelum 12 penerjun terbaik akan bertanding pada peringkat akhir yang dijadualkan pada jam 3 petang waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia) pada hari yang sama.

Pada 27 Julai lepas, Pandelela berpasangan dengan Leong Mun Yee menamatkan cabaran mereka dalam acara 10m platform seirama pada tempat kelapan, selepas mengumpulkan 277.98 mata.

Pandelela menjadi atlet wanita negara pertama memenangi pingat Olimpik, selepas memenangi pingat gangsa dalam acara 10m platform individu di Olimpik London 2012, dan empat tahun kemudian memenangi pingat perak bersama Jun Hoong dalam acara 10m platform seirama, di Olimpik Rio. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Kami Boleh Bersara Jika Ada Atlet Pelapis - Pandelela

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Pandelela Pilih Berlatih Secara Bijak Buru Slot Ke Olimpik Paris

3

Sukan 3 tahun yang lalu

TPM Zahid Harap Azizulhasni Teruskan Usaha Raih Emas Pertama Olimpik

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Nur Dhabitah Mahu Bebas Kecederaan Sebelum Kembalikan ‘Mood’ Bertarung

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad