web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pandelela Pilih Berlatih Secara Bijak Buru Slot Ke Olimpik Paris

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2023 3:32PM

Aksi gandingan Datuk Pandelela Rinong-Nur Dhabitah Sabri dalam final terjun 10m platform seirama wanita di Pusat Akuatik Taman Sukan Olimpik Hangzhou, baru-baru ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - Seiring usianya, ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong memilih untuk menjalani latihan secara bijak berbanding latihan yang lebih keras dalam usahanya memburu slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Namun, penerjun elit berusia 30 tahun itu berkata, berbaki lebih kurang setahun menjelang temasya empat tahun sekali itu, beliau tetap akan berlatih bersungguh-sungguh selain bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk mencapai kualiti terjunan yang baik.

“Kalau nak buat dari segi kuantiti mungkin makin letih dan saya juga sudah besar (berumur). (Jadi) saya akan cuba tingkatkan kualiti terjunan,” katanya ketika ditemui di Arena Sukan Akuatik Pusat Sukan Olimpik Hangzhou, di sini.

Pandelela membantu kem terjun negara menjadi lubuk pingat di Sukan Asia Hangzhou 2022 apabila menyumbang dua gangsa masing-masing dalam acara 10 meter (m) platform seirama wanita bergandingan dengan Nur Dhabitah Sabri dan 10m platform individu wanita.

Beliau yang belum melayakkan diri ke Paris 2024 berpeluang melakukannya pada kejohanan terjun Piala Asia 2023 yang dijadual berlangsung November ini di venue yang belum ditetapkan dan Kejohanan Dunia 2024 di Doha, Qatar, pada Februari depan.

Hanya penerjun muda Bertrand Rhodict Lises sudah melayakkan diri ke Paris 2024 dalam acara 10m platform lelaki.

Untuk rekod, Pandelela merangkul pingat gangsa dalam acara 10m platform wanita di Sukan Olimpik London 2012 dan memenangi perak dalam acara 10m platform seirama wanita berpasangan dengan Cheong Jun Hoong pada edisi 2016 di Rio de Janeiro. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Kami Boleh Bersara Jika Ada Atlet Pelapis - Pandelela

2

Sukan 3 tahun yang lalu

MSN Nafi Laporan Akhbar Pegawai ISN Tidak Bantu Atlet Di Olimpik Tokyo

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Azizulhasni Cipta Rekod, Pandelela Kembali Raih Olahragawati Kebangsaan

4

Sukan 3 tahun yang lalu

MS Puas Hati Prestasi Skuad Terjun Negara Di GP Malaysia

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad