web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MSN Nafi Laporan Akhbar Pegawai ISN Tidak Bantu Atlet Di Olimpik Tokyo

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2023 9:15PM

Pandelela menerusi ciapan di platform Twitter menegaskan beliau tidak menyebut apa-apa perkara seperti ditulis oleh wartawan akhbar berkenaan, khususnya membabitkan dakwaan terhadap pegawai MSN dan ISN. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Laporan akhbar yang memetik ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong sebagai berkata pegawai Institut Sukan Negara (ISN) tidak memberikan sokongan kepada atlet kebangsaan semasa Sukan Olimpik Tokyo 2020, adalah tidak benar.

Majlis Sukan Negara (MSN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan ISN mempunyai empat pegawai yang berdaftar untuk memberikan perkhidmatan kepada kontinjen negara di perkampungan Sukan Olimpik Tokyo itu.

Menurut MSN empat pegawai berkenaan dibantu oleh sembilan lagi pegawai ISN yang ditempatkan di sekretariat luar kerana kekangan jumlah kad akreditasi seperti ditetapkan pihak penganjur, manakala jumlah pegawai MSN yang berdaftar bersama kontinjen negara ke Tokyo hanya seorang.

“Pihak MSN mengambil maklum penjelasan Pandelela bahawa laporan itu ditulis tidak mengikut apa yang dimaksudkan ketika beliau ditemu bual oleh wartawan akhbar berkenaan.

“Pandelela, menerusi ciapan di platform Twitter menegaskan beliau tidak menyebut apa-apa perkara seperti ditulis oleh wartawan akhbar berkenaan, khususnya membabitkan dakwaan terhadap pegawai MSN dan ISN,” menurut kenyataan itu.

MSN turut menjelaskan wartawan akhbar tersebut juga tidak menghubungi mana-mana pegawai MSN untuk mendapatkan penjelasan sebenar berhubung kandungan berita yang telah disiarkan pada hari ini.

Sementara itu, MSN menegaskan sebagai pengendali Program Podium yang menaungi atlet elit seperti Pandelela, mereka bertanggungjawab terhadap semua aspek persiapan atlet termasuk penyertaan ke kejohanan antarabangsa, selain menyediakan keperluan penting yang bersesuaian untuk atlet.

“Khidmat perubatan dan sains sukan pula menjadi tanggungjawab ISN yang menerima peruntukan RM10 juta setahun daripada bajet Program Podium untuk tujuan berkenaan.

“Khidmat ini termasuk menyediakan pakar dan petugas untuk membantu atlet elit negara, baik ketika menjalani latihan dan persiapan mahupun setiap kali mereka menyertai pelbagai kejohanan di peringkat antarabangsa,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Kami Boleh Bersara Jika Ada Atlet Pelapis - Pandelela

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Pandelela Pilih Berlatih Secara Bijak Buru Slot Ke Olimpik Paris

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Azizulhasni Cipta Rekod, Pandelela Kembali Raih Olahragawati Kebangsaan

4

Sukan 3 tahun yang lalu

MS Puas Hati Prestasi Skuad Terjun Negara Di GP Malaysia

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad