web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dhabitah Sedia Beri Inspirasi Kepada Ramai Gadis Sertai Sukan Terjun

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2021 8:27PM

Dhabitah berharap ramai lagi gadis di luar sana yang akan mencuba sukan terjun. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Selepas mencuri hati rakyat Malaysia dengan persembahan terpuji dan senyuman menawan di Olimpik Tokyo 2020, atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri ingin memberi inspirasi kepada para gadis untuk menyertai sukan itu.

Berusia 22 tahun dari Kuala Lumpur, Nur Dhabitah bersedia memainkan peranan sebagai duta kepada sukan akuatik yang disayanginya bagi menggalakkan lebih ramai anak muda melibatkan diri dalam sukan terjun.

“Dengan persembahan saya di Olimpik, saya harap ramai gadis yang akan mencuba sukan terjun.

“Saya fikir kita perlu lebih ramai penerjun dan pertandingan … Perlu lebih banyak bersaing antara satu sama lain, bukan sahaja dalam kalangan penerjun remaja, malah remaja juga boleh bertanding dengan senior, bagi menghidupkan mod permainan,” katanya menerusi video daripada laman Facebook Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini.

Pada saingan akhir 3 meter (m) papan anjal wanita individu pada Ahad, Nur Dhabitah terlepas peluang meraih pingat gangsa apabila menamatkan saingan pada kedudukan keempat dengan 326.15 mata, di belakang juara bertahan Shi Tingmao (383.50) dan Wang Han (348.75) dari China serta penerjun Amerika Syarikat Krysta Palmer (343.75).

Nur Dhabitah yang menjadi sohor kini dalam platform media sosial disebabkan senyuman yang sentiasa terukir sebelum setiap terjunan berkata: “Saya tidak sengaja melakukannya, hanya cuba relaks dan menikmati pertandingan, tidak menunjukkan rasa takut.”

Malah, beliau juga berjaya mendapatkan beberapa tip berharga daripada pakar papan anjal Tingmao, yang memenangi empat pingat emas Olimpik dan lapan kejuaraan dunia secara keseluruhan.

“Saya tidak katakan kami rapat, tetapi kami berbual, beliau sangat ramah dan saya bertanya kepadanya bagaimana untuk beraksi lebih baik dalam beberapa perkara. Beliau memberi nasihat, sangat membantu dan berharap dapat menggunakannya semasa latihan apabila saya pulang dari Olimpik,” katanya.

Pemenang pelbagai pingat di Sukan Asia dan Komanwel, Nur Dhabitah berharap dapat menambah baik prestasinya dalam memburu pencapaian di Paris 2024, selain mempertimbangkan untuk mencuba dalam acara 10 m platform.

Selepas berbulan menjalani latihan melalui pendekatan berasaskan kuarantin di bawah gelembung sukan, beliau mengakui melihat peserta dari negara lain dan berjalan di sekitar Perkampungan Sukan, sedikit sebanyak membantu menghilangkan tekanannya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: Latif Romly Gagal Pertahan Emas, Raih Perak

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Kilauan Perak Padam 'Episod Hitam' Ziyad

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: Menanti 'Amukan' Ziyad, Emas Sulung Liek Hou Ceriakan Kontinjen Negara

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Anak Malaysia Tanda Sokongan Buat Atlet Negara Di Temasya Olimpik 2024

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar