web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Olimpik: Dhabitah Layak Ke Akhir

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2021 4:19PM

Nur Dhabitah Sabri layak ke final acara 3 meter (m) papan anjal wanita individu di Pusat Akuatik Tokyo. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Penerjun negara Nur Dhabitah Sabri terus berada pada landasan yang betul dalam usaha memburu pingat Olimpik Tokyo 2020, selepas layak ke akhir acara 3 meter (m) papan anjal wanita individu di Pusat Akuatik Tokyo.

Penerjun berusia 22 tahun, menunjukkan terjunan yang konsisten dalam kelima-lima terjunan, membolehkan beliau yang bermula pada tempat kesembilan pada terjunan pertama melonjak ke tempat keenam selepas lima terjunan, dengan mengumpulkan 312.50 mata keseluruhan pada peringkat separuh akhir hari ini.

Hanya 12 penerjun terbaik daripada 18, layak ke akhir yang dijadualkan pada 3 petang waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia) pada Ahad (1 Ogos).

Juara bertahan Shi Tingmao dari China, sekali lagi menunjukkan keupayaannya untuk mengungguli kedudukan dengan 371.45 mata, diikut rakan senegara Wan Han (346.85 mata) dan Jennifer Abel dari Kanada (341.40 mata).

Tingmao dan Wang Han menjadi pilihan untuk naik ke podium esok, hanya selepas seminggu memenangi pingat emas acara 3m papan anjal seirama Ahad lepas (25 Julai).

Ini merupakan kali kedua penyertaan Nur Dhabitah di Olimpik, selepas menduduki tempat kelima acara 3m papan anjal seirama bersama Cheong Jun Hoong dan tempat kesembilan dalam 10m platform pada Olimpik Rio 2016.

Nun Dhabitah layak ke separuh akhir selepas menempatkan dirinya dalam kalangan 18 penerjun terbaik pada pusingan awal semalam, dengan menduduki tempat ke-10 dengan 291.60 mata.

Namun demikian rakan sepasukan Ng Yan Yee, gagal layak ke hari ini selepas hanya menduduki tempat ke-20 dengan 251.95 mata. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Kami Boleh Bersara Jika Ada Atlet Pelapis - Pandelela

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Nur Dhabitah Mahu Bebas Kecederaan Sebelum Kembalikan ‘Mood’ Bertarung

3

Sukan 3 tahun yang lalu

MS Puas Hati Prestasi Skuad Terjun Negara Di GP Malaysia

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Dhabitah-Syafiq Hadiahkan Gangsa Pada Hari Terakhir Di Kolam Renang

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran