web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dhabitah-Syafiq Hadiahkan Gangsa Pada Hari Terakhir Di Kolam Renang

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2022 9:52PM

Nur Dhabitah Sabri dan Muhammad Syafiq pada majlis penyampaian pingat dalam acara 3 meter papan anjal seirama campuran akhir sempena Sukan Komanwel 2022 Birmingham. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BIRMINGHAM - Skuad terjun negara menamatkan saingan pada Sukan Komanwel 2022 Birmingham dengan meraih satu pingat gangsa dalam acara 3 meter (m) papan anjal seirama campuran, hari ini.

Gandingan Nur Dhabitah Sabri dan Muhammad Syafiq Puteh menghadiahkan pingat dalam acara tersebut yang pertama kali dipertandingkan pada Sukan Komanwel apabila menduduki tempat ketiga dengan mengumpul 299.04 mata selepas melakukan lima terjunan di Pusat Akuatik Sandwell di sini.

Pingat emas acara berkenaan menjadi milik pasangan Scotland, James Philip Heatly-Grace Elizabeth Reid, yang mengumpul 306.00 mata, mankala perak dimenangi wakil Australia, Li Shixin-Maddison Keeney setelah mengutip 304.02 mata.

Satu lagi pasangan Malaysia, Gabriel Gilbert Daim-Wendy Ng Yan Yee menduduki tempat ketujuh dengan meraih 273.06 mata.

Kejayaan meraih gangsa itu adalah pingat ketiga buat Nur Dhabitah pada edisi Birmingam ini, selepas memenangi dua perak dalam acara 3m papan anjal individu dan 3m papan anjal seirama bergandingan dengan Wendy Ng Yan Yee.

Pingat gangsa dimenangi hari ini, pula adalah kedua buat Muhammad Syafiq setelah meraih perak dalam acara 3m papan anjal seirama lelaki bergandingan dengan Gabriel Gilbert Daim.

Namun, pencapaian skuad terjun dengan meraih keseluruhan tiga perak dan satu gangsa disifatkan mengecewakan selepas acara terjun disasarkan menyumbangkan satu emas kepada kontinjen negara pada temasya kali ini.

Ketika ditemui pemberita, Nur Dhabitah berkata, beliau sangat berpuas hati dengan prestasinya di sini walaupun terlepas peluang menyumbangkan emas kepada negara.

“Saya berpuas hati dengan pencapaian di sini selepas tiga hari berturut-turut beraksi di final. Pada hari ini, saya cuba melakukan yang terbaik dan Alhamdulillah kami berjaya meraih pingat (gangsa),” katanya.

Beliau berkata selepas temasya di Birmingham, tumpuan mereka adalah bagi menghadapi Kejohanan Grand Prix FINA 2023 di Bukit Jalil, pada November ini.

Muhammad Syafiq berkata beliau sangat berpuas hati dengan pencapaian meraih pingat gangsa itu selepas hanya sekali berkesempatan menjalani latihan bersama Nur Dhabitah dalam acara itu sebelum tiba di sini.

“Seminggu di sini, kami tidak berpeluang menjadi latihan bersama kerana jadual acara yang padat. Alhamdulillah, memang rezeki kami menang gangsa hari ini,” katanya.

Sementara itu, gandingan Datuk Pandelela Rinong-Jellson Jabillin gagal menghadiahkan pingat buat kem negara apabila menduduki tempat keempat dalam acara 10m platform seirama campuran setelah mengumpul 302.82 mata.

Penerjun England, Noah Oliver Williams-Andrea Spendolini Sirieix memenangi pingat emas selepas mengutip 333.06 mata, mengatasi rakan senegara, Kyle Kothari-Lois Mae Toulson (318.54) di tempat kedua, manakala gangsa diraih wakil Australia, Cassiel Emmanuel Rousseau-Emily Ann Boyd (309.60). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Kami Boleh Bersara Jika Ada Atlet Pelapis - Pandelela

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Arca Wanita Berhijab Dipamer Di Birmingham 

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Nur Dhabitah Mahu Bebas Kecederaan Sebelum Kembalikan ‘Mood’ Bertarung

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Tze Yong Cipta Kejutan Besar Singkir Axelsen Di All England

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad