web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Arca Wanita Berhijab Dipamer Di Birmingham 

Video & Galeri Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2023 12:12PM

Arca Strength of the Hijab yang dibina di Birmingham. gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Arca Strength of the Hijab akhirnya didedahkan untuk tatapan umum.

Memetik laman web independent.co.uk, arca yang diperbuat daripada besi tergalvani itu, adalah hasil karya pengarca terkemuka, Luke Perry dan ia ditempat di Smethwick, Birmingham.

Binaan yang mempunyai ketinggian lima meter dan seberat hampir satu tan itu dipercayai adalah yang pertama seumpamanya di dunia dan ia dianggap sebagai penghormatan kepada wanita berhijab.

"Strength of the Hijab adalah karya yang mewakili kesemua wanita yang berhijab mengikut kepercayaan Islam dan mereka berada di dalam komuniti kita walaupun kurang diberi perhatian, tetapi ia sangat penting.

"Mereka perlu diberi perhatian dan ia amat penting. Jadi kerjasama dengan komuniti setempat bagi menghasilkan rekaan ini adalah sesuatu yang mengujakan kerana kita tidak tahu rupanya (arca) sehinggalah sekarang.

"Lokasi (menempatkan arca) adalah Smethwick, yang sebahagian besar penduduknya mengamalkan ajaran Islam," kata Perry.

Sebelum ini, Perry pernah menghasilkan arca bertajuk  Black British History yang menceritakan Sejarah British bersama rakannya pengarca, Canaan Brown yang dibina di kawasan berhampiran iaitu Winson Green pada Mei lalu.

Mengulas lanjut, Perry mengakui arca itu mungkin menimbulkan kontroversi atas pelbagai sebab tetapi menegaskan bahawa: "Masa depan negara bergantung perkara yang akan menyatukan, bukan perkara yang boleh memecahbelahkan hubungan".  

Sementara itu, penghasilan arca itu adalah hasil usaha badan kebajikan Legacy West Midlands. - Getaran, 5 Oktober 2023

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa