web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Permulaan Positif Nur Shazrin Di Enoshima Yacth Harbour

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2021 4:23PM

Shazrin berada di landasan tepat untuk menempatkan diri dalam kalangan 10 pelayar terbaik untuk melayakkan diri beraksi dalam pusingan penentuan pingat. - Gambar dari Twitter ManOlimpik

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Atlet pelayaran negara Nur Shazrin Mohamad Latif, meraih keputusan memuaskan dalam dua perlumbaan pertama acara Laser Radial Wanita di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, yang berlangsung di Enoshima Yacht Harbour di Bandar Fujisawa, hari ini.

Pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2018 di Indonesia itu, mempamerkan aksi cemerlang pada perlumbaan pertama apabila menduduki tempat ketiga di belakang pelayar Sepanyol Cristina Pujol Bajo dan Vasileia Karachaliou dari Greece.

Namun pelayar berusia 23 tahun itu gagal mengulangi aksi bertenaganya pada perlumbaan kedua, yang terpaksa ditangguh seketika akibat cuaca buruk apabila menamatkan saingan di kedudukan ke-25, daripada keseluruhan 44 peserta yang mengambil bahagian dalam acara itu.

Pelayar Jerman Svenja Weger mengungguli saingan perlumbaan kedua sementara tempat kedua dan ketiga masing-masing menjadi milik Elena Vorobeva dari Crotia dan Line Flem Hoest (Norway).

Selepas dua perlumbaan, Nur Shazrin kini menduduki tempat ke-11 secara keseluruhan, dengan baki lapan lagi perlumbaan perlu ditempuh.

Ia sekali gus menyaksikan, beliau masih berada di landasan tepat untuk menempatkan diri dalam kalangan 10 pelayar terbaik selepas 10 perlumbaan, untuk melayakkan diri beraksi dalam pusingan penentuan pingat.

Nur Shazrin yang membuat penampilan keduanya di Sukan Olimpik selepas edisi 2016 di Rio de Janeiro lima tahun lalu, dijadual kembali beraksi dalam perlumbaan ketiga dan kelima acara itu, petang esok.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi ciapan di Twitter rasminya, mengucapkan tahniah kepada Nur Shazrin dan mengakui berbangga dengan pencapaian atlet kelahiran Pasir Gudang, Johor itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Nur Shazrin Sedia Korban Sambutan Ramadan, Aidilfitri Demi Olimpik

4

Sukan 2 tahun yang lalu

AoV Intai Pentas Olimpik Selepas Cemerlang Di Sukan Asia

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad