web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gagal Menyempurnakan Penalti, Saka Dihambur Kejian Berbaur Perkauman

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2021 12:10PM

Saka (tengah) menerima sokongan daripada rakan sepasukan selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti di final EURO 2020. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Pemain tengah pasukan bola sepak England, Bukayo Saka dihambur kejian yang berbaur perkauman gara-gara kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti di final EURO 2020 awal pagi tadi.

Sepakannya yang berjaya dihalang oleh penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma, itu sekali gus menyebabkan pasukan Itali dinobatkan sebagai pemenang EURO 2020.

Rentetan daripada itu, Saka dikeji oleh ramai yang menghinanya di akaun Instagram miliknya dengan kata-kata berbaur perkauman yang jelik seperti, “sila balik ke Nigeria” dan “keluar dari negara saya”.

Rakan sepasukan Saka, Marcus Rashford dan Jadon Sancho juga menerima kejian berbaur perkauman selepas mereka juga gagal meyempurnakan sepakan penalti masing-masing.

Bagaimanapun, pengurus pasukan The Three Lions itu, Gareth Southgate berkata beliau akan mengambil tanggungjawab penuh terhadap kegagalan Saka dan menegaskan bahawa bintang dari kelab Arsenal itu tidak akan berdepan dengan perkara ini secara bersendirian.

“Ianya adalah tanggungjawab saya. Saya yang memilih pemain mana yang akan membuat sepakan penalti.

“Tiada sesiapa pun yang akan ditinggal berseorangan. Kami semua adalah satu pasukan,” kata Southgate, lapor BBC.

Selepas sepakannya tersasar, Saka kelihatan seperti tidak keruan di padang Wembley meskipun seluruh pasukannya cuba untuk menenangkan hatinya.

Persatuan Bola Sepak England (FA) juga terkejut dengan cacian yang dilemparkan kepada Saka dan telah menegaskan bahawa ia akan melakukan segala yang terdaya untuk memberi sokongan kepada mana-mana pemain yang terkesan dengan kecaman yang berbaur perkauman.

“Kami akan meneruskan usaha untuk menamatkan diskriminasi perkauman di luar perlawanan namun kami menggesa kerajaan supaya lebih pantas menggubal undang-undang berkaitan supaya penganiayaan seperti ini boleh dibendung.

“Syarikat pengendali media sosial juga perlu tampil menggalas tanggungjawab dan mengharamkan mereka yang menyalahgunakan akaun media sosial mereka daripada terus menggunakan platform tersebut,” tegas FA. - Daily Mirror, 12 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad