Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2024 2:39PM

gambar FB FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyerang Harimau Malaya, Darren Lok percaya bahawa padang bukanlah faktor penentu kekalahan 0-2 Malaysia menentang Oman pada perlawanan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini, malam tadi.

Pemain Sabah FC berusia 34 tahun itu menegaskan bahawa, keadaan padang tidak seharusnya dijadikan alasan kerana kedua-dua pasukan menghadapi situasi yang sama.

"la (padang) tidak begitu teruk, kami tidak boleh menggunakan padang sebagai alasan, kedua- dua pasukan terpaksa bermain di atas padang itu dan malam ini (malam tadi) bukanlah malam kami, Oman mendapat kemenangan dan kami kecewa.

"Sekarang, kami perlu bangkit dan fokus pada perlawanan Jun ini kerana perlu memenangi dua perlawanan lagi. Kini, masanya untuk membetulkan keadaan dan kembali dengan sedikit keyakinan," katanya ketika ditemui selepas perlawanan itu.

Pada masa sama, Darren meluahkan bahawa masa tidak memihak kepada Malaysia semasa dua perlawanan menentang Oman, termasuk kekalahan 0-2 di Muscat minggu lalu, berikutan ketiadaan perlawanan kompetitif hampir dua bulan kerana Liga Malaysia (Liga-M) masih dalam fasa pramusim.

"Kami membuat persediaan dengan baik, jurulatih memberikan segala-segalanya dan kami berlatih dengan bersungguh-sungguh, namun masanya tidak sesuai," katanya.

Sementara itu, penyerang naturalisasi Romel Morales percaya Malaysia masih mempunyai peluang untuk merebut dua tempat teratas kumpulan bagi mengesahkan tempat dalam kelayakan Piala Asia 2027 dan layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.

Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) berusia 27 tahun itu berkata, yang penting adalah pasukan harus terus berusaha keras menjelang baki dua perlawanan pada Jun.

"Kami tahu kami ada pasukan baik, pemain yang bagus, kami akan cuba yang terbaik, kami tahu akan dapat melakukannya. Masih ada dua perlawanan dan kami percaya dapat mengumpul enam mata untuk mara ke pusingan seterusnya," kata pemain kelahiran Colombia itu.

Kekalahan malam tadi adalah yang kedua buat Malaysia, sekali gus menyukarkan untuk mencapai misi layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027.

Malaysia kekal di tempat ketiga Kumpulan D dengan enam mata terkumpul, manakala Kyrgyzstan mendahului dengan sembilan mata selepas menewaskan Taiwan 5-1, diikuti Oman yang menghuni tangga kedua, juga sembilan mata, manakala Taiwan di kedudukan terakhir tanpa sebarang mata.

Hanya dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan mengesahkan tempat dalam Piala Asia 2027, manakala dua pasukan terbawah akan bermain di pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027.

Malaysia akan bertemu Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun dan menamatkan saingan Kumpulan D menentang Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

2

Sukan 2 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Ranking Harimau Malaya Jatuh 6 Anak Tangga

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Pan Gon Belum Mengalah, Nafi Sedia Tinggalkan Harimau Malaya

Sorotan

1

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

2

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

3

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

4

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

5

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

6

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Persaingan 4 Penjuru Antara PH, PN, PRM, Bebas

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 23 jam yang lalu

Nurul Izzah Dapat Basikal Baharu Ke Paris 2024