web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ronaldo Jaringkan Gol Ke-109

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2021 12:05PM

Cristiano Ronaldo berebut bola dengan Raphael Varane ketika perlawanan kumpulan F Euro 2020 antara Portugal dan Perancis di Puskas Arena, di Budapest. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cristiano Ronaldo menjaringkan gol ke-109 bersama Portugal ketika menentang Perancis, awal pagi tadi dalam aksi Kumpulan F Euro 2020 antara Portugal dan Perancis di Puskas Arena, Budapest.

Dalam aksi berkenaan, Portugal seri 2-2 dengan Perancis. Jaringan Ronaldo itu sekali gus menyamai pencapaian bekas penyerang Iran, Ali Daei bagi rekod gol terbanyak antarabangsa.

Penyerang berusia 36 tahun itu, yang juga penjaring terbanyak Kejuaraan Eropah menyempurnakan dua sepakan penalti untuk meraih rekod itu pada penampilan ke-178.

Manakala gol-gol Perancis dijaringkan Karim Benzema.

Portugal akan berdepan pasukan nombor satu dunia, Belgium pada aksi peringkat kalah mati di Seville, pagi Isnin ini.

“Kami melakukan segalanya yang saya ingin layak (dalam kekalahan 4-2) menentang Jerman.

“Keputusan itu jelas adil,” kata jurulatih Portugal, Fernando Santos kepada RTP.

Sementara Perancis menduduki tempat teratas kumpulan dengan lima mata dan akan menentang Switzerland pada pusingan kalah mati.

“Ia adalah satu perlawanan yang bukan mudah. Pertandingan akan bermula dari 16 yang terakhir.” kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps kepada TF1.

Sementara itu, Jerman hampir mengulangi penyingkiran di peringkat kumpulan pada Kejohanan Piala Dunia 2018. Namun jaringan Leon Goretzka pada minit ke-84 membantu pasukan itu untuk seri dengan Hungary.

Jerman bagaimanapun bakal membawa tugas berat dalam perlawanan menentang England di Wembley, minggu depan.

“Kami melakukan kesilapan namun berjuang dan menunjukkan semangat yang luar biasa,” kata jurulatih Jerman, Joachim Loew.

“Kini tumpuan utama adalah menentang England di Wembley.”

Dalam pada itu, Sepanyol berjaya melangkah ke pusingan 16 EURO 2020 awal pagi tadi selepas membelasah Slovakia 5-0. Skuad kendalian Luis Enrique itu memerlukan kemenangan untuk mengesahkan kemaraan mereka selepas sekadar seri dalam dua perlawanan pertama.

Penjaga gol Slovakia, Martin Dubravka, memudahkan tugas Sepanyol. Dubravka menyelamatkan sepakan penalti Alvaro Morata pada awal permainan, menolak masuk bola ke gawang sendiri susulan percubaan jarak jauh Pablo Sarabia yang terkena palang selepas setengah jam permainan.

Sepanyol akan berdepan Croatia di Stadium Parken bagi penentuan ke suku akhir awal pagi Selasa ini.

Di Saint Petersburg, Sweden menang 3-2 ke atas Poland dengan jaringan gol pembukaan oleh Emil Forsberg nyata mengejutkan lawan mereka.

Forsberg yang memanfaatkan kesilapan pertahanan skuad bimbingan Paulo Sousa seawal minit kedua.

Gol kemenangan Sweden diperolehi menerusi pemain tengah Viktor Claesson dalam saingan akhir Kumpulan E yang berlangsung di Stadium Krestovsky.

Kemenangan itu membolehkan Sweden menjuarai Kumpulan E dan bakal menentang pasukan tempat ketiga daripada Kumpulan B atau C di peringkat 16 terakhir pada 29 Jun ini. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 24 minit yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad