web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JDT Kecewa Pada Aksi Pembukaan Liga Juara-Juara AFC

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2021 7:33AM

Gol penyamaan Bergson Da Silva (kanan) dibatalkan oleh pengadil perlawanan. - Gambar dari Facebook JDT

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dengan langkah kiri, selepas tewas 0-1 kepada Nagoya Grampus pada aksi pembukaan Kumpulan G di Stadium Nasional Rajamangala di Bangkok, malam tadi.

Pemain tengah Hiroyuki Abe muncul wira Nagoya Grampus, apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-60, sekali gus memberi permulaan sempurna kepada pasukan yang kini menduduki tempat kedua dalam liga utama Jepun.

Bagaimanapun, JDT setidak-tidaknya mampu mencatat keputusan seri, namun jaringan penyerang import Bergson Da Silva menerusi tandukan pada penghujung perlawanan tidak dikira, selepas pemain kelahiran Brazil itu terlebih dahulu mengasari pertahanan lawan.

Keputusan pengadil perlawanan Mohammed Abdulla Hassan memberikan sepakan percuma kepada pasukan lawan pada masa kecederaan babak kedua perlawanan itu, ternyata menghampakan Bergson dan JDT yang berusaha keras dalam memburu gol penyamaan.

Pada aksi tersebut, 45 minit pertama menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan permainan berhati-hati dengan masing-masing sesekali melancarkan serangan ke kubu pertahanan lawan, namun gagal memecah kebuntuan.

Pemain muda skuad kebangsaan Arif Aiman Mohd Hanapi yang membuat penampilan pertamanya dalam saingan Liga Juara-Juara AFC, hampir meletakkan JDT di hadapan pada minit ke-42, selepas bijak melepasi pertahanan lawan, namun rembatannya tepat ke arah penjaga gol Mitchell Langerak.

Bersambung babak kedua, Nagoya Grampus menggandakan asakan sebelum berjaya meraih gol kemenangan apabila penyerang Ryoga Yamasaki bijak melepasi perangkap ‘offside’ untuk mengumpan bola kepada Hiroyuki yang tenang menampan bola ke gawang.

Tersentak dengan jaringan itu, JDT memperkemaskan permainan sambil pengendali Benjamin Mora membawa masuk tiga pemain iaitu Safiq Rahim, Muhammad Ramadhan Saifullah dan Matthew Davies, namun gagal membantu usaha JDT mencari gol penyamaan sehingga wisel penamat.

Dalam pada itu, kelab Korea Selatan Pohang Steelers mencatat kemenangan 2-0 ke atas Ratchaburi FC dari Thailand dalam satu lagi aksi pembukaan Kumpulan G, sekali gus mendahului saingan kumpulan berkongsi tiga mata dengan Nagoya Grampus di kedudukan kedua.

JDT di kedudukan ketiga, sementara Ratchaburi FC tercorot dan kedua-dua pasukan akan beraksi dalam aksi kumpulan pada Jumaat ini.

Musim lepas menyaksikan JDT terpaksa melupakan saingan kumpulan yang berlangsung di Doha, Qatar pada November, susulan keputusan kerajaan yang masih kekal menutup pintu sempadan negara ketika itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar