web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jerman Ketuk Portugal, Perancis, Sepanyol Seri

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2021 7:19AM

Havertz (kiri) meraikan gol ketiga Jerman. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Kempen Jerman di EURO 2020 menerima nafas baharu selepas berjaya mengalahkan juara bertahan Portugal 4-2 di Munich walaupun Cristiano Ronaldo semakin hampir memecah rekod penjaring terbanyak antarabangsa.

Juara dunia Perancis dan Sepanyol pula diikat 1-1 oleh Hungary dan Poland.

Pasukan Jerman tahu yang kekalahan kepada Portugal di Allianz Arena akan menyebabkan mereka tersingkir daripada Kumpulan F, yang akan menambah kepada kegagalan mereka melepasi peringkat kumpulan di Piala Dunia 2018.

Portugal boleh mengesahkan slot ke pusingan seterusnya dengan kemenangan dan Ronaldo memberi kelebihan awal kepada pasukan itu.

Ini adalah gol ke-12 bintang Juventus itu di Kejuaraan Eropah dan juga gol antarabangsanya yang ke-107 dalam penampilan ke-177nya untuk negaranya.

Ini bermaksud beliau hanya ketinggalan dua gol di belakang rekod yang dipegang oleh Ali Daei yang menjaringkan 109 gol untuk Iran.

Walau bagaimanapun Jerman mengubah perjalanan perlawanan sebelum tamat babak pertama setelah Ruben Dias dan Raphael Guerreiro menjaringkan gol sendiri.

Robin Gosens memberi umpanan kepada Kai Havertz untuk menjadikan kedudukan 3-1 di babak kedua dan pemain Atalanta itu menjaringkan gol keempat pasukan Jerman dengan menanduk masuk ke gawang Portugal.

Diego Jota menjaringkan gol kedua Portugal tetapi kekalahan ini meletakkan pasukan itu dalam keadaan bahaya.

Perancis, pilihan utama sebelum kejohanan ini bermula, diikat oleh Hungary dalam keadaan cuaca panas dan di depan 56,000 penyokong di Budapest.

Juara dunia itu terpaksa bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk membawa pulang satu mata.

Dalam satu-satunya venue EURO 2020 tanpa sekatan kapasiti kerana COVID-19, Attila Fiola meletakkan tuan rumah di hadapan pada masa kecederaan babak pertama.

Tetapi Antoine Griezmann menyamakan kedudukan pada minit ke-66 dan membantu Perancis mengelak kekalahan pertama dalam perlawanan kompetitif sejak Jun 2019.

Sepanyol masih lagi mencari kemenangan pertama selepas diikat 1-1 oleh Poland di La Cartuja.

Alvaro Morata meletakkan Sepanyol di depan pada babak pertama, tetapi Robert Lewandowski menanduk gol penyamaan untuk Poland selepas waktu rehat.

Sepanyol boleh menang perlawanan ini tetapi sepakan penalti Gerard Moreno terkena palang gol.

Anak buah Luis Enrique berada di tangga ketiga dalam Kumpulan E, dua dengan hanya dua mata dan perlu mengalahkan Slovakia dalam perlawanan terakhir untuk melangkah ke pusingan seterusnya. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Lawatan Presiden Poland Signifikan Untuk Perkukuh Hubungan 2 Hala - PM

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad