web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Wakil Perseorangan Wanita Negara Isi Slot Separuh Akhir Spanish International

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2021 7:58AM

Jin Wei menundukkan wakil Switzerland Jenjira Stadelmann 21-15, 21-12. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia meneruskan penguasaan dalam acara perseorangan wanita kejohanan badminton Spanish International 2021 selepas tiga wakil negara mara ke pusingan separuh akhir dengan bergaya pada aksi di La Nucia, Sepanyol, hari ini.

Tiga wakil negara itu adalah pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 dan pilihan keempat kejohanan S Kisona, bekas juara dunia remaja Goh Jin Wei serta Eoon Qi Xuan yang tidak berdepan masalah mengatasi lawan masing-masing di suku akhir, demikian menurut https://www.tournamentsoftware.com.

Kisona cemerlang melepasi cabaran apabila menundukkan pemain tuan rumah Beatriz Corrales 21-15, 21-14 dan dijadual membuat perhitungan ke final menentang wakil Perancis Yaelle Hoyaux.

Jin Wei dan Qi Xuan turut tidak menerima tentangan sengit melangkah ke pusingan separuh akhir sekali gus bakal berentap sesama mereka bagi memburu slot ke final.

Di pusingan suku akhir, Jin Wei menundukkan wakil Switzerland Jenjira Stadelmann 21-15, 21-12 manakala Qi Xuan mencatat kemenangan selesa 21-10, 21-12 ke atas Ania Setien dari Sepanyol.

Pada masa sama, pasangan Tee Kai Wung-Teoh Mei Xing turut mara ke separuh akhir beregu campuran selepas menewaskan Victor Martin-Haidee Ojeda dari Sepanyol 21-17, 21-17 dan bakal bertemu gandingan Rusia Rodion Kargaev-Viktoriia Vorobeva.

Kecemerlangan itu diteruskan beregu lelaki Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang mengejutkan pilihan ketiga dari Austria Philip Birker-Dominik Stipsits 21-18, 21-11 untuk bertemu pasangan England Matthew Clare-Ethan Van Leeuwen di separuh akhir.

Namun, nasib berbeza menimpa satu lagi pasangan beregu lelaki negara Loo Bing Kun-Lwi Sheng Hao yang gagal mara ke separuh akhir selepas tewas di tangan wakil Perancis Lucas Corvee-Ronan Labar 12-21, 16-21.

Dalam pada itu, cabaran negara dalam acara beregu wanita berakhir di suku akhir selepas gandingan Teoh Mei Xiang-Yap Ling yang turun selaku pilihan kedua tewas kepada pasangan bukan pilihan dari England Jessica Hopton-Jessica Pugh 16-21, 21-15, 15-21.

Terdahulu, wakil perseorangan lelaki negara Misbun Ramdan Misbun turut terkandas seawal pusingan kedua apabila gagal menyaingi kehebatan pilihan ketiga dari Sepanyol Pablo Abian 21-13, 21-10. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad