web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sepanyol Seri Dengan Sweden, Gol Ajaib Schick Tumpaskan Scotland

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2021 8:16AM

Schick meraikan jaringan pertamanya menentang Scotland. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GLASGOW - Sepanyol membuka kempen EURO 2020 dengan keputusan seri tanpa jaringan bertemu Sweden di Seville, manakala Patrik Schick menjaringkan salah satu daripada gol terhebat kejohanan ini dalam kemenangan 2-0 Republik Czech ke atas Scotland. 

Dalam keputusan lain, Slovakia menang tipis ke atas Poland, yang bermain dengan 10 orang, 2-1 di Saint Petersburg. 

Slovakia mendahului Kumpulan E selepas keputusan seri Sepanyol dan Sweden.

Penyerang Sepanyol, Alvaro Morata banyak mensia-siakan peluang untuk Sepanyol mendahului permainan 

“Saya tidak ragu dengan penyerang seperti Morata.

“Kami tahu apa kebolehannya, beliau tiada gol hari ini, tetapi dalam permainan seterusnya dia boleh menjaringkan tiga gol dan menutup mulut semua orang,” kata Aymeric Laporte merujuk kepada rakan sepasukannya. 

Scotland, yang tidak bertanding dalam kejohanan besar sejak Piala Dunia 1998, tumpas di tangan penyerang Bayer Leverkusen Schick di hadapan 12,000 penonton di Hampden Park. 

Pasukan tuan rumah memulakan saingan Kumpulan D ini dengan bertenaga di Glasgow tetapi tandukan Schick sebelum masa rehat memberi kelebihan kepada Republik Czech. 

Pada babak kedua, penyerang yang berusia 25 tahun itu menunjukkan magisnya dengan melepaskan rembatan melencong dari tengah padang yang menerjah gawang penjaga gol, David Marshall. 

Penjaga gol Republik Czech memainkan peranan penting untuk memastikan gawangnya tidak dibolosi, menyelamatkan dua percubaan daripada penyerang Scotland Lyndon Dykes. 

Poland pula bermain dengan 10 pemain selepas Grzegorz Krychowiak dilayangkan kad kuning kedua beliau di minit ke-62, sekali gus menjadi pemain pertama dibuang padang pada kejohanan tahun ini. 

Slovakia mendahului pada minit ke-18 apabila rembatan Robert Mak terkena palang dan terkena badan Wojciech Szczesny lalu melantun masuk ke gawangnya, sebelum Karol Linetty meyamakan kedudukan selepas waktu rehat.  

Pemain pertahanan Milan Skriniar melepaskan rembatan deras untuk menjaringkan gol kemenangan Slovakia. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad