web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Itali Akan Menang 2-0 - CEO Petra Cucina

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2021 7:24PM

Mancini mengendalikan sesi latihan pasukan Itali menjelang pertemuan dengan Turki di Stadio Olimpico pada 10 Jun. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kejohanan bola sepak Euro 2020 akan membuka tirai pada awal pagi esok (jam 3 pagi) dengan pertembungan antara Itali dan Turki. 

Bahang kejohanan semakin dirasai dan Getaran mengambil peluang menemu bual petugas Kumpulan Petra berhubung ramalan mereka mengenai aksi pasukan negara mereka dalam kejohanan bola sepak terulung benua Eropah itu. 
 
Ketua Pegawai Eksekutif Petra Cucina, Roberto Guiati yang berasal dari Itali yakin yang The Azzurri akan bermula dengan langkah kanan awal pagi esok bertemu Turki. 

“Saya percaya yang Itali akan menang 2-0.

“Ramai orang Itali teruja dengan Piala Euro yang bakal menjelang,” katanya.

Sejak merangkul kejuaraan Piala Dunia 2006 di Jerman, tidak banyak kejayaan yang dikecapi pasukan ini termasuklah gagal melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 di Rusia. 

Tetapi situasi kali ini berbeza, apabila Itali dicanang sebagai antara pasukan pilihan kejohanan selepas mencatat keputusan tanpa kalah 27 kali beturut-turut dalam usaha melayakkan diri untuk Euro 2020. 

Roberto Guiati
Roberto Guiati

“Pasukan kali ini dianggotai oleh pemain baharu selepas keputusan teruk di kejohanan besar lain sebelum ini.

“Perjalanan ke final bermula awal pagi esok terutama sekali selepas prestasi pusingan kelayakan yang menakjubkan. Itali menunjukan corak permainan yang mantap dan membuktikan bahawa mereka pasukan yang bersatu, membanggakan serta berkeyakinan tinggi.

“Saya percaya Itali akan mara sekurang-kurangnya ke separuh akhir, tetapi sepakan penalti sentiasa memainkan peranan yang penting dalam kejohanan seperti ini.

“Jadi perkara ini menjadikan ia sukar untuk diramalkan,” tambah jejaka tampan yang berusia 41 tahun itu.

Pengendali Itali Roberto Mancini dipetik AFP sebagai berkata, beliau mahukan pasukannya mempersembahkan permainan yang menarik dan menghiburkan, apatah lagi kejohanan ini telah tertunda selama setahun kerana pandemik COVID-19 yang melanda dunia. 

Guiati, yang mengepalai operasi restoran Roberto’s di bawah naungan Kumpulan Petra, juga yakin Mancini adalah individu paling sesuai untuk membawa kejayaan kepada The Azzurri.

“Sukar untuk saya katakan. Ada banyak pasukan-pasukan yang hebat dalam kejohanan kali ini, tetapi Mancini memang sesuai untuk tugas ini.

“Permainan yang diaturnya agresif dan selalu menyerang. Ia seronok untuk ditonton.

“Beliau telah melaksanakan tugas dengan menakjubkan sejak mengambil alih pasukan Itali ini dan telah memupuk satu pasukan yang kuat dari segi mental dan teknikal,” kata suami kepada pelakon, penerbit dan usahawan Kavita Sidhu ini. 

Mengakhiri temu bual, beliau percaya pasukan yang berpeluang untuk menjuarai Euro 2020 selain dari Itali, adalah Perancis, Belgium dan juara bertahan Portugal. 

“Saya rasa England juga boleh beraksi dengan baik pada kejohanan kali ini,” katanya. - Getaran, 11 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad