web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Itali, Turki Buka Tirai Euro 2020 Di Bawah Bayang COVID-19

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2021 10:30AM

Pemain-pemain pasukan Itali menjalani sesi latihan di Stadio Olimpico di Rome pada 10 Jun. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Itali akan bertemu dengan Turki di Rome pada awal pagi esok untuk membuka tirai kejohanan Euro 2020 yang tertangguh sejak setahun lalu dan masih dibayangi pandemik COVID-19.

Kejohanan Kejuaraan Eropah, di mana Portugal juara bertahan, dimainkan buat pertama kali di seluruh benua dengan 11 bandar raya dari Seville hinggalah Baku menjadi tuan rumah perlawanan.

Stadio Olimpico akan dibanjiri 16,000 penonton untuk menyaksikan anak buah Roberto Mancini berdepan dengan cabaran Turki dalam perlawanan pertama Kumpulan A.

“Perlawanan pembuka tirai kejohanan biasanya sangat sukar, suasana sentiasa beremosi tetapi kita tidak boleh terbawa-bawa dan hilang fokus,” kata Mancini, yang membawa The Azzuri kembali ke pentas kejohanan utama selepas gergasi bola sepak Eropah itu gagal layak ke Piala Dunia 2018.

Mancini telah membina semula skuad Itali, juara Eropah 1968, dan belum lagi kalah dalam 27 permainan berturut-turut.

Persediaan pasukan-pasukan bertanding telah dibayangi oleh beberapa kes positif yang dikesan di antara beberapa pemain.

Pemain Sepanyol Sergio Busquets dan Diego Llorente disahkan positif sebelum ini, tetapi Llorente telah mendapat keputusan negatif ujian saringan pada Khamis.

Pasukan itu juga menamakan 17 pemain dalam senarai menunggu berikutan kebimbangan jika terdapat mana-mana 26 pemain sedia ada yang dijangkiti virus berkenaan.

Dua pemain Sweden, penyerang Dejan Kulusevski dan pemain tengah Mattias Svanberg, juga disahkan positif, dengan enam pemain dipanggil untuk berada dalam senarai menunggu.

Namun di sebalik ancaman penularan virus itu, Presiden UEFA Aleksander Ceferin menegaskan kejohanan Euros akan berlangsung dengan selamat.

“Ini adalah peluang terbaik untuk menunjukan yang benua Eropah sedang menyesuaikan diri.

“Benua ini sudah kembali hidup dah meraikan kehidupan,” katanya.

Puskas Arena di Budapest berharap dapat membenarkan pengisian kapasiti penuh, tetapi kebanyakan dari 11 venue yang berada di negara berbeza akan membenarkan stadium-stadium dimasuki jumlah penonton yang terhad.

Namun Denmark semalam mengumumkan untuk menarik semula peraturan pemakaian pelitup muka dan membenarkan kemasukan 25,000 penonton ke stadium berbanding 16,000 seperti kebiasaannya. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 16 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad