web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tidak Berkuasa Tapi Bebas Keluarkan Kenyataan; Bekas Presiden MCA Kebal Undang-Undang? 

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2025 9:12AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Bagaimana seorang bekas presiden bebas mengeluarkan kenyataan rasmi walaupun kedudukannya tidak diiktiraf pihak yang berautoriti? 

Persoalan ini kian rancak berlegar, selepas Mahinda Vallipuram, selaku bekas Presiden Persatuan Kriket Malaysia (MCA) dilihat masih mengeluarkan pelbagai kenyataan berkaitan persatuan tersebut. 

Bukan sekadar itu, beliau juga dilaporkan masih ‘berkuasa’ menggunakan dana milik persatuan.

Seorang pengerusi persatuan kriket negeri memberitahu, tindakan Mahinda itu bukan lagi isu kecil atau ‘kesilapan teknikal’, sebaliknya melibatkan ketelusan dan pematuhan terhadap undang-undang serta perlembagaan persatuan. 

Soal pengerusi itu, mengapa ‘barisan pemimpin palsu’ itu masih berkuasa, walaupun jelas pasukan yang sah dan diiktiraf Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) ialah Mohammed Iqbal Ali Kassim Ali selaku presiden, Dr Arun Kumar Beshamber Nath sebagai timbalan dan Amarjeet Singh Wazir Singh sebagai bendahari kehormat. 

“Saya memang tak puas hati kerana Mahinda bertindak seolah-olah beliau berkuasa’ walaupun hakikat sebenar ialah sebaliknya.

“Kenapa Mahinda masih buat pelantikan dan keluarkan kenyataan? Dia langsung tidak ada kedudukan sah. Ini jelas mencabar Pesuruhjaya Sukan. Mana tindakan sepatutnya,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi. 

Lakonan Hebat

Jelas sumber, terdapat laporan bahawa ada sekumpulan individu dalam MCA telah cuba merancang ‘rampasan kuasa’ terhadap Mohammed Iqbal dan timbalannya. 

Mahinda Vallipuram
Mahinda Vallipuram

Katanya, mereka dikatakan memujuk semua pengerusi negeri menandatangani petisyen untuk memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) dengan niat menjatuhkan kepimpinan sedia ada. 

“Dalam mesyuarat kontroversi pada 27 April lalu, Mahinda dan Datuk Ahmad Feisal Ahmad Tajuddin yang mendakwa dirinya pemangku presiden didakwa meluluskan usul-usul luar agenda. Umum sedia tahu Ahmad Feisal juga merupakan bendahari Majlis Olimpik Malaysia.

“Lebih mengejutkan, Gordon Chung iaitu naib presiden Kriket Sarawak, turut dinamakan sebagai dalang yang didakwa membuat ugutan terhadap ahli exco dalam mesyuarat,” katanya.

Tambah memburukkan keadaan kata sumber, satu siasatan polis sedang berjalan melibatkan dakwaan pemalsuan dokumen EGM. 

“Tapi yang hairannya Mahinda dan konco-konconya masih bertindak seolah-olah tiada apa berlaku. Hebat betul lakonan mereka,” katanya, sinis. 

EGM Tidak Sah

Terdahulu, Mohammed Iqbal menerusi surat rasmi kepada semua ahli dan penaung MCA menegaskan bahawa tidak ada asas perlembagaan atau perundangan untuk mana-mana individu mengaku dan bertindak sebagai pemangku presiden. 

Malah katanya, tindakan sedemikian jelas melanggar Perlembagaan MCA dan Akta Pembangunan Sukan 1997.

Menerusi surat sama, Iqbal turut memberi amaran bahawa sesiapa yang terlibat dalam agenda tidak sah ini boleh dikenakan tindakan tatatertib dalaman serta hukuman di bawah Akta Pembangunan Sukan.

Pesuruhjaya Sukan, Suhardi Alias ketika dihubungi mengesahkan pejabatnya sedang menyiasat MCA atas dakwaan salah laku, isu tadbir urus dan ketidakteraturan dalam proses pemilihan.

Pengerusi Bebas Ugut Ahli

Sehingga laporan ini ditulis, Mahinda masih mengambil tindakan sesuka hati dan ia termasuk melantik seorang peguam kanan, Gopal Sreenivasan sebagai Pengerusi Bebas Jawatankuasa Semakan Perlembagaan.

Sekadar info, Gopal ialah abang kepada aktivis terkenal Datuk Ambiga Sreenevasan dan anak saudara kepada mendiang hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Mohammed Iqbal Ali Kassim Ali
Mohammed Iqbal Ali Kassim Ali

Namun, pelantikan ini menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan.

Gopal diberitakan membuli dan mengugut ahli jawatankuasa semasa mesyuarat, malah Getaran diberitahu, ada bukti video mengenai insiden tersebut. 

Gopal juga dikatakan cuba berunding “secara damai”, namun ditolak oleh ahli jawatankuasa kerana dianggap sebagai cuba ‘melenyapkan semuanya di bawah karpet’.

Mahinda Berbahaya

Seorang lagi pengerusi negeri pula menyifatkan Mahinda sebagai sangat berbahaya, kerana tindakannya boleh menghancurkan MCA secara total. 

“Macam mana dia boleh guna duit MCA kalau dia sendiri tak sah? Ini bukan sahaja tidak beretika, ini ialah jenayah,” katanya.

Pengerusi tersebut turut menggesa sebuah jawatankuasa bebas ditubuhkan serta-merta untuk mentadbir MCA sementara menunggu Mesyuarat Agung baharu yang sah dan adil diadakan.

AGM berkenaan katanya perlu memastikan semua negeri, termasuk Sabah yang dinafikan hak mengundi sebelum ini, dapat bersuara.

“Kenapa Mahinda, Chung dan Ahmad Feisal takut kepada proses demokrasi sebenar? Kenapa pilih jalan belakang? Kalau yakin dengan sokongan, bertandinglah secara terbuka,” tegasnya. 

Sokongan Padu

Dalam perkembangan berkaitan, sokongan ke atas kem Mohammed Iqbal semakin padu termasuk di peringkat akar umbi.

Barisan tersebut menerima pujian ramai, khususnya atas kejayaan menganjurkan edisi kedua Piala Dunia T20 Wanita Bawah 19 Tahun anjuran ICC.

Namun, satu persoalan masih terus berlegar; sampai bila Mahinda dan kuncunya akan terus bermaharajalela? Apakah mereka kebal dari undang-undang? 

Kita tunggu jawapannya. - Getaran, 15 Jun 2025

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 1 bulan yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad