web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penang FC Benam KDN FC 3-0

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2024 8:41AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Selepas mengharungi tujuh perlawanan, akhirnya Penang FC meraih kemenangan pertama di laman sendiri selepas berjaya membenam Kelantan Darul Naim (KDN) FC3-0 pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, di sini malam tadi.

Beraksi di hadapan 1,543 penyokong, Penang FC bermula garang seawal minit permainan menerusi beberapa percubaan Ke arah pintu gol pasukan pelawat.

Gol pertama muncul pada minit ke-12 hasil tandukan pemain import dari Brazil Rodrigo Da Silva Dias, hasil hantaran pemain pertahanan Fairuz Zakaria.

KDN FC yang terdesak mendapatkan jaringan cuba bangkit namun ketangkasan pemain tuan rumah berjaya menyekat kemaraan pasukan lawan.

Pada minit ke-19 skuad Harimau Kumbang hampir menambah jaringan namun percubaan pemain tengah Muhammad Izzat Zikri Izziruddin tersasar ke kiri pintu gol KDN FC.

Pasukan tuan rumah terus beraksi cemerlang apabila Nik Akif Syahiran Nik Mat berjaya meledakkan gol kedua hasil hantaran Dias pada ке-34.

Pada minit ke-41, KDN FC cuba bangkit menerusi serangan tepat pemain pertahanan Adam Danial Md Zaid ke arah pintu gol namun berjaya ditepis penjaga gawang tuan rumah Sikh Izhan.

Bersambung di babak kedua, pasukan kendalian Ahmad Rizal Ahmad Rakhili menggandakan asakan dan dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-75 selepas kapten pasukan, Rafael Vitor dijatukan dalam kotak penalti.

Peluang terhidang tidak disia-siakan apabila Vitor berjaya meledak gol ketiga yang turut menjadi kenangan manis buat pemain kelahiran Brazil itu dengan pasukan berkenaan.

Gol itu sekali gus menjadi gol kemenangan buat Penang FC yang kini naik ke tangga ketujuh dengan sembilan mata manakala KDN FC terus buntu mencari kemenangan dan menghuni kedudukan tercorot liga dengan tiga mata. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 4 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad