web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Safee Sali Sokong Tindakan Josue Suarakan Isu Tunggakan Gaji

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2024 9:38PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Isu tunggakan gaji yang melanda pemain tengah Kuala Lumpur (KL) City FC, Paulo Josue mendapat perhatian Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) Safee Sali.

Dalam satu hantaran di Instagramnya hari ini, bekas penyerang kebangsaan itu melahirkan rasa kecewanya dengan nasib malang menimpa Josue sambil menyokong tindakan lantang pemain naturalisasi tengah Harimau Malaya tersebut untuk bersuara.

Justeru, beliau berharap pihak yang bertanggungjawab untuk pantau isu berkenaan dan dapat mengambil tindakan yang lebih proaktif dalam membendung isu tunggakan gaji yang melanda arena bola sepak ketika ini.

"Tujuh bulan gaji tak berbayar, Paulo Josue akhirnya bersuara! Bila kami bersuara, dikatakan mahu menjatuhkan atau memburukkan imej bola sepak sendiri, tapi bila jadi kes seperti ini, siapa yang mahu dipersalahkan?

"Kami perhatikan apa yang badan induk lakukan dan sila pantau dan buat sesuatu yang lebih proaktif dalam menangani bab (tunggakan gaji) ini. Banyak lagi kelab yang gagal dalam bab gaji," katanya.

Sebelum ini media melaporkan Josue mendakwa dirinya sudah tujuh bulan tidak dibayar gaji oleh KL City.

Pemain kelahiran Brazil itu berkata beliau boleh dikatakan sudah lupa kali terakhir menerima bayaran daripada pasukan terbabit, sekali gus kini meneruskan kehidupan dengan hanya berbekalkan wang simpanannya.

Dalam hantaran yang sama, Safee berkata meskipun dirinya sudah tidak lagi bermain dalam kancah Liga Malaysia, beliau akan terus memperjuangkan kebajikan pemain bola sepak.

"Keghairahan saya dengan sukan ini tidak akan pudar. Saya tahu perit jerih setiap pemain, pikul tanggungjawab atau keluar dari sukan ini. Dalam kehidupan ini, anda mempunyai pilihan," katanya. – BERNAMA  
 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 12 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad