web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Tak Rasa Orang Pandang Saya Di Penang FC - Muhammad Adib

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2024 8:39AM

Muhammad Adib Abdul Ra’op - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Pemain pertahanan kiri Penang FC Muhammad Adib Abdul Ra'op yang buat julung kali dipanggil ke kem latihan pusat pasukan negara tidak menyangka kelibatnya telah lama dipantau Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon.

Muhammad Adib yang sangat teruja dengan pengalaman baharu dilaluinya bersama pasukan negara berkata selama ini beliau hanya bermain untuk Penang FC tanpa mengetahui persembahannya berjaya menarik minat Pan Gon.

"Saya tak sangka (diperhatikan Pan Gon) sebab saya rasa saya cuma bermain di Penang FC, saya tak rasa orang pandang saya. Apa yang penting (kini) saya kena buat terbaik," katanya ketika ditemui sebelum sesi latihan pasukan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya di sini, semalam.

Sebelum ini, Pan Gon berkata beliau sudah mengikuti rapat perkembangan Muhammad Adib sejak semusim lalu, selain menyifatkan pemain berusia 25 tahun itu mempunyai kelebihan tersendiri yang diperlukan pasukan.

Pada masa sama, Muhammad Adib yang turut mampu bermain di posisi sayap enggan mensia-siakan peluang keemasan ini untuk merebut tempat dalam skuad akhir dan cuba meraih penampilan antarabangsa pertama.

"Kalau dia (Pan Gon) bagi peluang sekarang saya kena ambil peluang itu dan saya kena pegang terus peluang itu, saya terus kena tunjuk yang umur 25 saya kena tunjuk lah sebab ramai pemain lagi muda daripada saya dah main dengan pasukan negara," katanya.

Dalam pada itu, bekas pemain Perak FC itu mengakui sangat berbangga apabila mengetahui namanya tersenarai dalam kem latihan pusat kali ini.

"Mak dan ayah sangat bangga, mereka tak pernah sangka benda ini, tapi mereka kata (pesan) usaha, doa dan solat jangan tinggal," katanya.

Malaysia akan bertemu Kyrgyzstan di Stadium Dolen Omurzakov di Bishkek pada 6 Jun, sebelum menutup kempen saingan Kumpulan D dengan menentang Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1l Jun.

Selepas empat perlawanan, Malaysia berada di posisi ketiga kumpulan dengan enam mata sementara Kyrgyzstan sebagai pendahulu, berkongsi sembilan mata dengan Oman di tempat kedua manakala Taiwan tercorot tanpa mata. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 1 bulan yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad