web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia, Thailand Buat Perhitungan Di Final Double, Regu

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2024 8:36AM

Pasukan negara bakal bertemu Thailand di pentas final - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Skuad negara berjaya mencapai sasaran layak ke final acara regu dan double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dalam suasana cukup meriah dan beremosi di Stadium Titiwangsa di sini, malam tadi.

Gandingan Aidil Aiman Azwawi dan Muhammad Noraizat Mohd Nordin terlebih dahulu menceriakan kira-kira 1,000 penonton apabila mara ke final selepas menundukkan Myanmar 2-o dalam aksi separuh akhir yang mendebarkan.

Gandingan Myanmar Zin Min Oo dan Shein Wunna Zaw terpaksa akur dengan kehebatan pasangan negara di set pertama apabila tewas 15-10 sebelum bangkit memberikan tentangan sengit bagi memburu kemenangan untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Bagaimanapun, ketenangan dan pengalaman Aidil Aiman-Muhammad Noraizat yang merupakan pemenang pingat perak acara double Sukan SEA edisi 2021 dan 2023 menjadi pemisah apabila berjaya bangkit daripada ketinggalan di hujung permainan untuk mencatat kemenangan 17-16.

"Saya sangat bersyukur atas kemenangan ini, saya mahu berterima kasih kepada Presiden PSM (Persatuan Sepaktakraw Malaysia) sebab percayakan kami untuk galas tanggungjawab dalam acara double, saya bermain untuk beliau juga," kata Aidil Aiman ketika ditemui pemberita selepas aksi separuh akhir.

Muhammad Noraizat pula berkata:"Saya bersyukur sangat (dengan kemenangan) sebab ini adalah Piala Dunia, bagi saya besar (prestij kejohanan), jadi ini adalah salah satu pencapaian terbaik saya untuk kategori double."

Menanti Malaysia di final yang dijadual berlangsung hari ini adalah juara bertahan Thailand yang menundukkan Indonesia 2-0 (15-8, 15-13) dalam satu lagi aksi separuh akhir.

 "Untuk final dengan Thailand, sama juga (sengit), saya rasa lagi mencabar untuk dapatkan kemenangan, tapi apa pun kami akan cuba sehabis baik dan akan beri lebih baik daripada hari ini, 200 peratus," kata Aidil Aiman.

Rentak cemerlang Malaysia diteruskan dalam aksi separuh akhir regu selepas trio Farhan Adam (apit kiri), Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong), Mohamad Azlan Alias (apit kanan) mengatasi Myanmar dibarisi Zin Ko Ko, Min Thant Thu dan Phay Nyein Chan Khin Maung Cho 2-0 (15-3, 15-11).

Di pentas final hari ini, Malaysia akan membuat perhitungan menentang juara bertahan Thailand selepas Raja"sepak takraw dunia itu menepati ramalan dengan mudah menumpaskan Filipina 2-0 (15-4, 15-8).

"Kami ada satu langkah lagi dan akan beri permainan yang lebih baik, lebih puas hati...mindset kami di sini memang tak mahu ada tekanan, jadi (permainan) akan lebih baik, saya rasa akan ada keajaiban," kata Mohamad Azlan.

Ketua jurulatih kebangsaan Ahmad Jais Baharun yang gembira dengan pencapaian pasukan mara ke pentas akhir percaya tidak mustahil anak buahnya mampu mencipta kejutan ke atas Thailand dalam kedua-dua final hari ini.

"Harapan saya bagi saingan barisan pemain dapat pamerkan prestasi yang jauh lebih baik kerana kita sedar bahawa cabaran lawan Thailand sangat besar.

"Tetapi kita takkan mengalah, kita akan cuba pamerkan semangat juang tinggi, mutu permainan terbaik dan harap pemain akan buat kejutan malam nanti, tiada yang mustahil," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melangkan masa menonton dan memberikan sokongan kepada pasukan negara di sini.

Sementara itu, final saingan divisyen satu hari ini menyaksikan Iran bertemu Taiwan bagi acara regu dan double. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Penantian 33 Tahun Terus Berpanjangan, Malaysia Tewas 1-2 Di Tangan Thailand

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Tundukkan Thailand, Muncul Juara Acara Regu

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Harimau Malaya Cipta Kemenangan Dramatik Atas Kyrgyzstan

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Maghribi, Portugal, Sepanyol Calon Tunggal Anjur Piala Dunia 2030

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 2 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad