Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Harimau Malaya Cipta Kemenangan Dramatik Atas Kyrgyzstan

Sukan Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2023 8:14AM

Ini merupakan kemenangan pertama Malaysia ke atas Kyrgyzstan dalam dua pertemuan - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia melaungkan amaran dalam perjuangan mencipta sejarah selepas bangkit merakam kemenangan dramatik 4-3 ke atas Kyrgyzstan pada perlawanan sulung Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di sini, malam tadi.

Pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, Malaysia yang menyasarkan untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan buat julung kali terlebih dahulu di depan sebelum ketinggalan 1-3, namun berjaya bangkit meledak tiga gol penting di babak kedua untuk mengutip tiga mata berharga.

Skuad Harimau Malaya di bawah bimbingan Kim Pan Gon bermula garang apabila mendahului seawal minit ketujuh menerusi pemain pertahanan Dion Cools yang melompat tinggi untuk menanduk masuk bola sepakan penjuru Arif Aiman Mohd Hanapi.

Namun, Kyrgyzstan yang agak perlahan sejak sepak mula mengejutkan anak buah Pan Gon selepas menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-42 menerusi pemain pertahanan Kairat Zhyrgalbek apabila beliau yang tidak dikawal tenang menyudahkan bola muntah tampanan Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

Dua minit kemudian, penyerang Ernist Batyrkanov meletakkan skuad ‘The White Falcons’ kendalian Stefan Tarkovic di depan apabila melepaskan rembatan menewaskan Ahmad Syihan selepas memanfaatkan kesilapan Cools yang gagal mengeluarkan bola hantaran jauh penjaga gol Erzhan Tokotaev.

Tokotaev bertindak cemerlang untuk menidakkan peluang Malaysia menyamakan kedudukan di awal babak kedua selepas beliau menyelamatkan dua percubaan berturut-turut Mohamad Faisal Abdul Halim dan Darren Lok dari jarak dekat pada minit ke-51.

Malaysia semakin tertekan apabila Kyrgyzstan melebarkan kedudukan menjadi 3-1 menerusi pemain gantian Kai Merk yang mudah menolak masuk bola ke gawang pada minit ke-57 selepas menerima hantaran pendek Erbol Atabaev.

Pan Gon membuat pertukaran dengan membawa masuk Endrick Dos Santos, Paulo Josue dan Muhammad Akhyar Abdul Rashid dalam usaha mengubah rentak permainan dan kedudukan.

Percaturan Pan Gon memasukkan membawa masuk Endrick Dos Santos, Paulo Josue dan Muhammad Akhyar Abdul Rashid ternyata membuahkan hasil buat Harimau Malaya - gambar BERNAMA
Percaturan Pan Gon memasukkan membawa masuk Endrick Dos Santos, Paulo Josue dan Muhammad Akhyar Abdul Rashid ternyata membuahkan hasil buat Harimau Malaya - gambar BERNAMA

Percaturan itu membuahkan hasil apabila terdapat perubahan dalam gerakan serangan pasukan negara yang tampak lebih segar sebelum berjaya merapatkan kedudukan selepas Khristiian Brauzman tertampan bola ke gawang sendiri ketika cuba mengeluarkan hantaran leret Arif Aiman pada minit ke-72.

Cools memberikan kelegaan kepada pasukan negara selepas sekali lagi menanduk masuk bola sepakan penjuru Arif Aiman untuk menjadikan kedudukan 3-3 pada minint ke-77.

Stadium Nasional ‘bergegar’ dengan sorakan penyokong apabila Mohamad Faisal yang menerima hantaran Arif Aiman tidak teragak-agak melepaskan rembatan dari jarak dekat untuk menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan.

Ini merupakan kemenangan pertama Malaysia ke atas Kyrgyzstan dalam dua pertemuan selepas tewas 0-1 pada aksi persahabatan antarabangsa di Melaka pada 2018.

Kejayaan itu juga menyaksikan anak buah Pan Gon meraih motivasi yang diperlukan menjelang aksi kedua bertemu Taiwan di Taipei, Selasa depan.

Malaysia ketika ini berada di kedudukan teratas dalam Kumpulan D dengan mengumpul tiga mata sementara satu lagi aksi kumpulan antara Oman dan Taiwan sedang berlangsung. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 minggu yang lalu

Ranking Harimau Malaya Jatuh 6 Anak Tangga

2

Sukan 3 minggu yang lalu

Pan Gon Belum Mengalah, Nafi Sedia Tinggalkan Harimau Malaya

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Kekalahan Kepada Oman Bukan Pengakhiran - Pan Gon

Sorotan

1

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

Politik 5 jam yang lalu

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 23 jam yang lalu

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

Semasa 1 hari yang lalu

Kontroversi Penceramah Asing: UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

oleh Wartawan Getaran