web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tekanan Lebih Daripada Jangkaan - Pan Gon

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2024 9:03AM

Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon. – Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA – Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon sekali lagi mendedahkan tentang tekanan besar yang dihadapinya dalam membimbing skuad Harimau Malaya sejak mengambil alih tugas pada Januari 2022.

Menjelang pertemuan penting menentang Taiwan dalam aksi terakhir Kumpulan D pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam ini, jurulatih berusia 55 tahun dari Korea Selatan itu berkata tekanan yang dialaminya kini lebih besar daripada jangkaan.

Bekas pengarah pasukan Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) itu berkata tekanan itu semakin meningkat setiap hari dan setiap kali dia mencapai sesuatu dengan pasukan.

"Tekanan ini lebih daripada jangkaan dengan barisan kejurulatihan banyak menyumbang perkara baik ke arah mengubah falsafah pasukan kebangsaan, mencorak ciri-ciri pasukan dan kadar kemenangan perlawanan di laman sendiri jauh lebih tinggi daripada sebelumnya.

"Kami layak secara merit ke Piala Asia buat kali pertama dalam tempoh lebih 40 tahun dan mencabar kelayakan Piala Dunia sehingga saat terakhir. Persekitaran seperti ini kita sediakan kepada negara di sini tetapi tidak menjangkakan lebih banyak tekanan dari semasa ke semasa.

"Dari hari pertama saya di sini, sokongan sangat baik, semua orang menyokong, segala yang saya minta disediakan. Tetapi, dari semasa ke semasa, apabila saya mencapai sesuatu...saya tidak tahu sama ada ia negatif...inilah yang saya rasa," katanya pada sidang media praperlawanan Malaysia-Taiwan di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini, semalam.

Bagaimanapun, Pan Gon menegaskan mereka akan berjuang dalam apa jua keadaan tanpa berputus asa atau rasa gementar dan meneruskan semangat untuk terus maju ke hadapan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan Korea Selatan berhubung cabaran yang dihadapinya sebagai jurulatih asing di sini termasuk terpaksa berdepan dengan harapan tinggi yang disandarkan kepada Harimau Malaya.

Ini adalah kali kedua dalam tmpoh enam bulan Pan Gon membuat kenyataan mengenai tekanan yang dihadapinya dengan pasukan kebangsaan dengan pertama kali semasa sidang media praperlawanan menjelang pertemuan terakhir kumpulan E Piala Asia 2023 menentang Korea Selatan di Doha, Qatar, Januari lalu.

Harimau Malaya menyasarkan untuk meraih kemenangan besar menentang Taiwan hari ini untuk menghidupkan semula peluang untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 dan layak awal ke Piala Asia 2027.

Malaysia kini berada di tempat ketiga Kumpulan D dengan tujuh mata - tiga mata di belakang pasukan tangga kedua Kyrgyzstan yang juga mempunyai kelebihan perbezaan gol menjelang perlawanan terakhir, manakala Oman mengungguli kumpulan dengan 12 mata dan melayakkan diri ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.

Dalam perlawanan terakhir kumpulan, Malaysia dalam keadaan bolos dua gol (-2) akan melayan Taiwan, manakala Kyrgyzstan dengan kelebihan enam gol (+6) gol akan bertandang ke Muscat untuk menentang Oman.

Sekiranya gagal mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026, Malaysia perlu bersaing di pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 untuk peluang membuat penampilan kedua berturut-turut dalam kejohanan itu. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Kim Pan Gon Tinggalkan Harimau Malaya

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Harimau Malaya Daki 3 Anak Tangga Ranking FIFA

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad