web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Villarreal Perlukan Penentuan Sepakan Penalti Untuk Ketepikan United

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2021 7:40AM

Pemain-pemain Villarreal menjulang trofi Liga Europa selepas tamat permainan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GDANSK - Villarreal menundukkan Manchester United 11-10 dalam penentuan sepakan penalti selepas seri 1-1 dalam final Liga Europa awal pagi tadi.

Penjaga gol United David de Gea gagal menyempurnakan sepakan terakhir untuk memberi Villarreal trofi major pertama mereka.

Gerard Moreno membuka jaringan buat Villarreal pada minit ke-29 dalam final pertandingan benua Eropah pertama kelab Sepanyol itu.

Tetapi di babak kedua Edinson Cavani menyamakan kedudukan pada minit ke-55 sebelum anak buah Unai Emery mengecapi kejayaan dengan sepakan penalti.

Kekalahan ini memanjangkan lagi kemarau trofi empat tahun United.

“Kami sangat kecewa. Tetapi inilah bola sepak, kadang-kadang keputusan ditentukan dengan satu sepakan - dan itulah perbezaan antara menang atau kalah.

“Kami harus belajar dari kekalahan ini, pastikan perkara ini tidak berlaku lagi,” kata pengurus United Ole Gunnar Solskjaer.

Beliau juga menambah yang anak buahnya tidak bermain dengan sebaik yang mungkin.

Pemain tengah Villarreal Francis Coquelin sangat gembira dengan kemenangan itu yang juga memberi tempat kepada kelabnya untuk bersaing dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

“Kemenangan ini berasa hebat. Bermain menentang pasukan ternama seperti United, kami tahu ia perlawanan yang sukar.

“Kami tidak dapat layak ke Liga Juara-Juara Eropah melalui La Liga, jadi dapat layak melalui Liga Eropah ialah sesuatu yang istimewa tambahan lagi ini kejuaraan pertama kelab ini. Ia sangat menakjubkan,” kata Coquelin kepada BT Sport. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad